Saturday, January 10, 2009

Cinnamon Rolls

Dah lama tak meroti.. selalu mgusik si ana waheed n dah berjangkit kat sini.. inspirasi dr kak ina kl pas tu kuar pulak kat rumah masz.. telah ku realiti kan ari ini.. rspi tokeh MYR @ Yani.. TQ yani.. cuma tukarsikit fresh milk ke susu tepung jer..n filling tambah raisin.. lembut textur roti ni.. lainkali boleh buat lagik.. coz sedappp gilerrrr.. anak2 layan dgn chocolate hershey's..ibu malas nak buat cream ler...rspi angkut 100%.. ampun n TQ again yani..

Bahan2
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)(ganti susu tepung 5 sb)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam

= Filling =
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik

Cara buat roti:
1. Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.












3 comments:

kakchik said...

Menggoda sungguh. Tadi baru singgah rmh kak ina kl, dia pun buat cuppies juga. Nampak gaya nak kena cuba lepas ni. Kak Zana punya pun elok cantik gitu.
Kalau KakChik makan, sebiji pun kenyang tu.

dZana said...

tak cukup tu kakchick.. anak reqest nak lagik..tpi cam dah buzy lak..tired..

nurulhuda abu bakar said...

kak dzana..

sedapnye, mcm nak try, hehe...

eheh, kak chik kat atas tu salu buat roti, superb!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin