
Mood cuti.. walaupun esok (Isnin) akan mengikuti lawatan pelajar ke ALAM Melaka, Selasa & Rabu ada kelas tambahan di sekolah.. nampak gayanya cuti sekolah kali ni tak dapat lah nak berlegar jauh.. Adik balik semalam n kebetulan adik sibuk menyiapkan tempahan hantaran coklat n cupcake utk kwnnya di pt sulong.. so dapatlah kak long ni kacau2 lebihan cake n buttercream tu.. Inilah Hasil kacau2 adik
Hanya Coklatku mendeco... Resepi kek coklat oleh Zaimma Nor Masri yang di CP dari dapaur
Kak Ummi Home Sweet Home.. terima kasih Zaiima & kak ummi kerana berkongsi resepi. Untuk buttercream .. resepi dari tauke kek Sweetlilly Kitchen.. TqNina..
KEK COKLAT LEMBAB KUKUS ZAIIMA
(Sumber CP : Home Sweet Home)
Bahan-Bahan:1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko -
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate(*x letak jugak )
3 biji telur
Cara-Cara:
1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.
2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . (Maz bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C) (*akak bakar je mcm biasa selepas letak dlm acuan-acuan cupcakes selama 15 minit, pada suhu 170C) ... mcm kak ummi...
BUTTER CREAM
(Sumber : Sweeetlilly Kitchen)
Bahan2
250 gm butter
250 gm krimwell
150 gm gula aising(ayak)
1/2 tin susu pekat- boleh kurangkan..
Cara
1. putar butter,krimwell dan gula hingga putih
2. Masukkan susu pekat, putar lagi hingga berkilat dan putih.
3. Pewarna ikut cita rasa