Sunday, March 13, 2011

MACARONs

Suke hati sangat hari ini dan sangat2 berpuas hati....teruja & penuh saspen.. hihihi.. pertama kali mncuba macaron dan pertama kali juga merasa apa itu macaron.. untuk merasa nikmat macaron & rasa almond kenelah mengunyahnya perlahan2.. klau mengunyah laju2.. maka akan merasa gulanya sahaja.. bagi saya hasilnya sangat memuaskan .. menggunakan resepi yani dan tips2 dari rakan blogger yang telah mencuba.. 'macam' semuanya menjadi dengan cantik..macam riak pulak dah ni.. ok.. ok.. Kalau ada kawan2 yg pernah mencuba dan pakar macaron bolehlah komen rupa paras macaron saya ni.. untuk cikmin yg hari2 bermacaron tu .. smga cikmin terus sukses.. cikmin juga menjadi inspirasi saya coz hari2 memandang macaron cikmin di FB.. untuk ain yg telah meniup semangat ni.. terimakasih akk ucapkan dan jgnlah berputus asa.. tak lupa Azlita Masam Manis yg puas saya inai macaronnya... resepi saya copy dari dapur Yani Deco Choco.. terima kasih Yani..
MACARONS
(Sumber : Yani Deco Choco)
Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
inti :- sy guna chocolate filling je.. ;)

Cara-cara:
  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
** utk rujukkan sendiri lain kali:
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar..
Filling chocolate.. macambiasa la.. tuan tanah memang malas nk berwarna warni.. malas nk basuh berbekas2 so.. belasah pink kaler jer.. saya makan cam tu jer.. tak suke filling2..


22 comments:

HomeKreation said...

Waaaaa.... jeles nya... Along beli almond thn lepas berangan nak buat tak buat2 jugak... las2 beli jer macaron tu... cantik nya... ada berkaki tu mmg jadi lah. Sama besor jer semua...Maceh Auntiezana hanto kat liana, liana tadi acah jer, mmg tau mesti ada ni...hehe.

K.Nor said...

mmg menjadi betul macaron zana, feet dia cantik dan bahagian atas licin berkilat :) meh sini 2 ketull nak buat fobia dgn manis2 ni :)

Azlita Aziz said...

Wah zana.....
menjadi cantik!... suka tengok...
puas rasa hati kan bila buat menjadi...

zana filing Nutella pun sedap! anak2 ita pun kata sedap! semua suruh buat lagi... hihi

Bee said...

kzana, nampak cantik je..mmg teringin nak buat tp bila tenguk mcm2 pantang larangnya rasa cuak la pulak...:(

hana said...

waduhh! terpegun daku! mcm nih leh jadi tokey macaron batu pahat kak!! sahut cabaran kak go go go go!!

Fiza Nordin said...

k zana, cantik sangat tu.... teringin nak buat tp tak sampai2 seru hahahaaa

*mkn ingat tau...manis tu... :D

cik ain | sweet thots said...

kak. congrats! cantik sgt2. jeles kita. mmg puas hati kalau jadi cantik camni kan. filling cream cheese pon sedap kak. kak zana boleh, ain pon boleh gak ni. chaiyok2! ;)

Ayu said...

Assalam cikgu
cantiknya macaroons tu...bilalah kita nak buat ni ya?..confirm kita makan sorang2 aje ni..
congrats cikgu!!...

Unknown said...

salam kak zana. pada pandangan mata kakchik yang tak pandai memasak ni, macaron akak sudah cukup menjadi. comel sekali. tentu rasanya pun sedap.

Cikrosecute said...

Waaaaah...comelnya macaron tu..warna yang tak tahan tu..kalu kita buat confirm......tak jadik dan tak cantik..hu..hu..

Unknown said...

wah akak dah buat dah cantik...pink colour lagi..i like..pernah mkn tapi belum pernah buat lagi nk cuba jugalah nanti:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

alalalala... comey2, teringin gak nak buat, nak kena tengok step by step ni..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam..

dah ramai teman2 yg cuba buat macarons ni.. rasa teruja jugak nak cuba nih walaupun tak suka sgt manis2.. hehe..
selalu dok tgk dulu dlm blog autie yochana.. pastu dlm blog rima then aritu masuk FP shima pun ada tayang macarons.. mmg geram je tgk.. tengok pulak kat blog azlita tambah teruja nak buat.. hehe.. ni zana lak buat.. nampaknya semua kawan2 yg cuba semua menjadi.. ni yg rasa nak cuba jugak ni.. tp kena cari stok serbuk badam dulu lah ni.. tahniah.. cun dah tu!

izahdaut said...

kak zana..terlambat saya jenguk macaron akak neh.tadi jenguk dari rumah kak inahar..
laaa lawa sangat.licin gebu je..akak pandai laa.....terpegun jap tengok.lawoooooooo

Anawahid said...

nak oderrrrr.... ;)

Deliah's Deli said...

cantek sgt!

dZana said...

untuk semua yang disayangi

along, knor,ita,bee, hana, fiza, ain, ayu, kakchik, ieza, nieza,yusa, madiha, izah, anawahid n delliah.. terima kasih.. tak sempat mmblas satu persatu.. harap tidak berkecil hati..

Aqil said...

salam ziarah cikgu
cantiknya macarons cikgu buat ;D

♥ Che NamNam ♥ said...

pink lagikk..hohoho sedapnyer...

bilerlah boleh try,sampai skang asyik dok dgr org citer pasal macaron jerk,sy lum pernah cuber lg..taktau katner nak carik kat sinii...sedeyy..:(

Anonymous said...

salam , kak zana . nk tnye lahh , akak ade buat kelas macaroons tak ? kite nak belajar ngan akak boleh ? ape2 emel kite kat : ela_aqy@yahoo.com yaa . kite carik nak contact akak tp takde tulis pown :)

SaiSyi said...

owh..sedapnya macaron..aritu ada beli.ni yg tgh carik resepi nk buat sendiri ni..

Nur-nba said...

Sedapnya kak.. Nur tengah selongkar dapur akak ni.. Rupanya akak dah buat macaron ni.. Cub giler rupanya, dah boleh buat bisnes.. :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin