Saturday, May 22, 2010

Cream Puff

Dah lama tak mengodeh puff ... sesi godeh2 kali ni menggunakan resepi dari dapur nina untuk puff dan krim kastard dari dapur noreen.. untuk krim puff ni saya letakan perisa pandan untuk sedikit kelainan... Terima kasih Nina n Noreen n minta izin copy paste rspi..

CREAM PUFF
Sumber : Sweetlilly kitchen
Bahan utk kulit
70 gm marjerin
140 gm gandun red ross (kita guna gandum biasa aje cap sauh)
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu garam
1 sudu teh perisa vanila

Caranya:
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelak, masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan kedalam mesin adunan, campurkan vanila dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bial sudah kembang dan sebati masukan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Bila dah masak, angkat dan belah. (Bubuh inti)


Sumber : Noreen My home Cooking Blog
Bahan2 krim kastard:
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

cara:

1. masukkan bahan dari no. 1 -3 ke dalam mangkuk. masukkan 1-2 sudu besar susu. kacau jangan ada yang berketul
2. masukkan telur dan kacau lagi. kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau
3. tutupkan mangkik dan masukkan ke dalam microwave. guna suhu yang tinggi dan masak sehingga pekat. kacau kastard setiap satu min dan ulangi sehingga pekat
4. bila dah siap, masukkan mentega dan kacau
5. krim kastard boleh disimpan di dalam fridge kalau tak habis


3 comments:

CatlinaFly said...

yummehhhh!sedap nih!

Sari Yusa Ibrahim said...

ishhh... rasa macam nak buat esok..

Datin El said...

salam zana

akak pernah try resepi ni mmg menjadi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin