Saturday, May 15, 2010

Ayam Goreng Madras

Tergoda dengan tayangan amal Ika.. so di samping sup ayam special , kita masak jugak lauk adikbradik ayam ni.. ayam goreng madras.. biasa kita goreng ayam malas jer.. boh yg wajib2 .. garam kunyit n halia.. kali ni ikut rspi 100%.. rspi CP dari dapur ika.. juga ada di dapur leen n blogger yang tak pernah tertinggal keretapi.. hana.. hihihi..

AYAM GORENG MADRAS
Source : Majalah Rasa Mei 2010

Bahan-bahan
  • 500gm ayam
  • 60gm Bawang Merah }
  • 60gm Bawang Putih } dikisar
  • 60gm Halia }
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 4 sudu makan tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 3 sudu makan dadih
Cara-cara
  • gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama ayam
  • kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali minyak
  • gaul sebati dan perap setengah jam atau lebih
  • panaskan minyak, goreng ayam tadi
  • hidangkan bersama sos atau pun dadih.

1 comment:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin