Thursday, May 31, 2012

UM dalam kenangan...

Melapurkan cerita 27 Mei 2012 untuk kenangan .. kisah di UM ..Pic ihsan dari FB Kolej 12 ...  suasana hari pendaftran pelajar asasi di Kolej 12 UM ..yg rasanya hampir sama setiap tahun.. jam 8.00 dah sampai di sini.. sempat bersarapan di cafe kolej.. pilihan makanan sangat banyak.. kalau keadaan menu cafe mantain mcm ni mmg boleh gemuk anak bujang ibu yg ceding itu.. apakan daya jodoh tak panjang.. 8.30 mengisi pelbagai dokumen n beratur utk dapatkan bilik.. alhamdulliah semuanya berjalan lancar..

bilik di tingkat 2 , blok apa ntah.. beli baldi,penyapu, mop n apa2 ntah lagi dibeli di kop kolej.. kes malas nk berangkut2 dari rumah.. sempat buang2 abuk, mop n kemaskan katil,  baju2 n peralatan abg di loker.. lebih kurang kul 11 dah siap.. lepak2 n makan2 lagi,sementara  menunggu taklimat di Dewan Canselor kul 2.30 ptg..



takwin yang sangat padat di asasi.. abang ditawarkan mengikuti asasi alam bina, puas jugak memujuk supaya memilih asasi perubatan or farmasi semasa mengisi borang.. kesungguhannya serta minatnya nak menjadi arkitek saya ikutkan saja nampaknya.. kalau dulu nak belajar kene paksa2 kali ini saya mengalah .. smga anak ibu berjaya cemerlang dalam bidang yang diminatinya.. amin.. lega juga bila mendengar taklimat asasi alam bina merupakan feeder bagi UM utk kursus2 di fakulti alam bina.. maksudnya selepas tamat asasi tak perlu lagi mengisi borang UPU (asasi sains hayat n fizik perlu mngisi semula UPU).. yang penting CGPA mesti melepasi tahap yg ditetapkan.. saya  nasihatkan abg supaya belajar bersungguh2, fokus n score 4.00.. supaya ibu tak malu nak memohon apa2 biasiswa dari JPA or mana2 nanti.. jam 4.30 habis taklimat .. rasanya melebihi  3000 orang dalam dewan canselor yg tersergam itu.. selepas tamat saya menapak semula ke kolej 12 (pergi n balik).. merasai suasana berjalan kaki di kampus yang telah saya tinggalkan hampir 22 tahun yg lepas  (dulu di UPM) .. 'aduss mmg sudah tua rupanya aku'... 
pic ihsan en google .. mood mengambil gambar jatuh merudum sebenarnya.. air mata mmg bila2 akan berderai jika tidak diseka.. huuuuuuu... sebelum ni berpisah kerana PLKN di kuala pilah kali ini di UM pulak.. begitulah lumrahnya.. awal2 mmg begitu.. alah biasa tegal biasa.. saya mmg rasa sangat sensitif sejak akhir ini.. rasa tak puas membesarkannya.... selepas sesi nasihat, peluk cium saya beredar dari kolej jam 630 ptg.. dgn air mata yg tak diseka2 lagi.. sobsobsob..  banyak peristiwa suka duka berlaku sebelum n selepas ke UM sebenarnya... apakan daya rezeki  abang utk belajar di UM tidak lama.. sempat merasa 2-3 hari minggu haluan siswa untuk kenangan.. smga saya, keluarga n abang membuat keputusan yang tepat utk masa depan nya.. doakan semga dipermudahkan segalanya.. ada perkhabaran gembira utk abg.. tahniah anak ibu..

9 comments:

atie @ ejay said...

salam kak..
teringat pulak kenangan masa belajar kat UM.. saya pernah menginap kat kolej12 ni:)

Cendana Kasih said...

ni kolej baru la jugak..(kira2 dah 13 tahun laaa...) kalau dibandingkan dengan kolej 1-6..dulu saya dok kolej 5.. serba serbi kekurangan..

zaman belajar di kampus mmg indah..semoga anak bujang tu dapat manfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin untuk menggenggam segulung ijazah sebagai bekalan hidup dimasa depan.

Nur-nba said...

Salam. Kak Dzana, sedih pula membaca kisah akak menghantar anak bujang. No wonder akak tak update entri diblog. Terima kasih atas penjelasan panjang lebar di blog Nur.

Nur doakan agar anak akak berjaya dalam bidang yang diminati. Dorongan dan galakan dari ibu bapa untuk anak kesayangan jadi pemangkin kejayaan anak2. Nur percaya anak bujang akak tak akan mensia-siakan peluang yang ada di depan mata.

Nur memang tak pernah melawat UM. tentu banyak kolej2 yang disediakan untuk kemudahan para pelajar.

Sebut pasal kertas periksa, Nur pun masih belum siapkan lagi.. Takpe cuti masih panjang hehe.. Ok kak, do take care.. Jangan sedih2 ye.. :D

Ayu said...

Assalam cikgu,
tahniah aiman dpat masuk UM ya..
tumpang bangga juga anak2 blogger semuanya berjaya dibidang pelajaran..begitulah harapan ibu & ayah kan cikgu..janagan sedih2 ya insyaallah aiman akan berjaya..doakan ajelah ya..

Unknown said...

Alhamdulillah tahniah buat anak akak yer..semoga berjaya dalam bidang yg diceburinya nanti..amin:)

HALAMANKU said...

Salam Kak Dzana.. wah tahniah abang dapat tawaran belajar di UM.. terkenang time erma belajar dulu.. tahun 1998..

ME said...

Tahniah utk abang & ibunya ..

Syimama said...

Salam ... tahniah atas kejayaan anak. Kejayaan anak kejayaan ibubapa juga. Menumpang kebahagian...moga terus cemerlang dunia akhirat.

maklang azie said...

as salam.

tahniah sbb anak berjaya menjejak kaki ke UM. Pd hari tu, anak maklang bertugas jadi facy. tak sangka katanya ramai betui kali ni tak spt tahun lepas...agak kelam kabut skit katanya tp dah tugas terpaksa pikul jugak.

sekarang ank mklang tunggu jwp dr um utk wat degree...harap permohonannya berjaya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin