Sunday, May 6, 2012

SLICE CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... musim cheese cake kt umah ni... kali ni nmpk semakin menjadi hasilnya...  sebelum ni buat perisa strbery.. tapi malangnya menjadi bingka cheese strbery.. bantat yg maksimum... sib baik laris jugak..hihihi.. acu n makndak.. nnti kak long buatkan lagi ni..  semalam tanpa  serik membaking lagi... masukkan pula filling blubery dlm cake mcm ustazah azie.. perggg memang sedap.. rasa cake yg soft n lembut bak kapas, tak berapa manis, mmg terangkat bila terkunyah fillingnya tu...  dulu2 mmg selalu guna resepi Ros @ Jintanmanis ni.. TQ Ros kerana berkongsi resepi.. smga Ros murah rezeki dengan bisnes homestaynya..


 SLICE CHEESE CAKE
(Sumber : Ros @JintanManis.)
Bahan-bahanye
4 keping slice cheese ( kt mesia cheese yang jenama kraft atau cheddar tu)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
80 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen pandan/ saya guna esen vanila
beberapa titk pewarna hijau/ tak letak
1 sudu kecil serbuk koko/tak letak
Sedikit filling blubery (saya tambah)

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

2. Masukkan butter serta separuh bahagian gula dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama baki gula hingga menjadi meringue.( meringue pastikan betul-betul kental, terbalikkan bowl dan meringue takkan jatuh)

4. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

5. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen pandan dan perwarna hijau, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. ambil dua sudu besar adunan dan masukkan serbuk koko, ketepikan, curah adunan hijau ke dalam acuan kek dan akhir sekali curahkan pulak adunan coklat di atas permukaan adunan hijau tadi, lorekkan dengan garpu atau lidi.

6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek bulat atau petak berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk dapatkan tekstur kek yang tidak terlalu kering.

7. Setelah siap dibakar terus keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas redai, amat sesuai dijadikan menu minum petang. Selamat Mencuba.


13 comments:

MANISMANIS said...

wowwww..ini kayaknya lebih enak...ada fillingnya..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak DZana, ini antara kek kejuvyg mula2 sy bljr, tapi sy buat bantat, hehehehe...

sedapnya ada filling blueberry lagi

nOOrsha said...

k zana..gambar cantek sangatt ni.. adekah sya terbau kedai kamera kat sini..hehe..eh cop nk duduk kt kerusi tu..dekat sket ngan kek yg bes ni...kikiki...

Chik Mimi said...

kak naaaaa nak malasnya nak buat sendiri akak poskan ye kak

HomeKreation said...

Auntie Zanaaaaaa.... Liana sukaaaa mkn cheese tau... hari2 meratah cheese slice, kalau auntie kasi kek kan best sbb mama tak rajin nak buatkan...

Qasey Honey said...

sgt berkenan tgk kek tu...gebusss sgt n kejadiannya sgt sempurna...rasa dh tentu sedap ni..

ummiaisyah said...

salam kak zana..
ni mesti dh siap soklan...hilangkn stress buat kek...mmg mengancam napsu kek cis tu...skrang ni tgh bz buat skema plak...muahahaha

Anna Qawina said...

aslmkm kak..sedapnya kalau kek yg bercis ni..hehe...

rahel said...

Salam Kak Zana,tergoda gue tengok kek cis ni..tolong hulur 2 potong kat sini..ngeces ni..

hana said...

akakkk... dapnyerrr... nak buat jugak lah! verangan jer dulu..hihihi

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam rindu Dzana...

wah menjadi betul nmpk slice cheese cake Dzana nie...

Dzana & family sihat?

dapurCikWan said...

Salam kak..CW copy dulu resepi ni ye..

baru perasan gambar akak dekat masjid kristal..akak pun org ganu ke?

ME said...

Salam .. saya copy recipenya .. nampak sedap..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin