Wednesday, November 2, 2011

YORKSHIRE PUDDING

Resepi YP dari Sinaran Menu... tak tau samada mjadi ke tidak YP.. tgok dapur Pn Ros tu cantik jer kejadiannya.. lain kali saya kena gunakan acuan bersaiz kecil., saya guna acuan muffin (6 biji) .. 2 -3 biji jer yg melekuk di tengahnya.. makan dengan jem rasberry ketika panas2.. memang sedap.. TQ Pn Ros.. saya CP resepi.

YORKSHIRE PUDDING
(Sumber : Sinaran Menu)

Bahan-bahannya

*170 grm tepung gandum
* 180 ml susu segar
* 120 ml air biasa
* 2 biji telur
* Secubit garam
* minyak masak secukupnya

Cara memasak

1-Pukul telur sekejap,masukkan susu dn air dan pukul lagi dalam 2/3 minit.
2- Campurkan tepung gandum dan garam didalam mangkuk dan buat lubang ditengah.Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata.Kacau hingga adunan sebati dan tapis kedalam mangkuk yang bersih.
3-Panaskan oven dgn kepanasan 220c.Masukkan lebih kurang 1sudu kecil minyak masak kedalam acuan muffin.Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.
4-Masukkan acuan muffin kedalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.
5- Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan pudding hingga penuh.Masukkan semula kedalam oven dan masak dalam 10 ke 15 minit dan pudding kelihatan keperangan.
6-Angkat dan sejukkan.Boleh dihidang dengan inti pilihan masing-masing atau roasted beef.


8 comments:

Ezadlieza said...

salam k.zana...wah sedapnya...anak lieza mkn camtu jer tak letak apa2 pun..rasa cam nak buat lg..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
memang sedap YP nie kan akak.. suka sgt makan.. :)

Yatie said...

uwaaa nmpk sungguh sedap..leh cuba ni...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Zana.Okay la tu,janji sedap.Terima kasih sudi cuba resepi tu ya.Tapi kita ramai2 kena minta ampun dgn Queen..sebab dia org makan dgn roasted beef,kita pakat makan dgn jem!!!!!

HomeKreation said...

Waduh ramai yg dah buat ni... Along makan pun tak pernah benda ni... shian kan... Zana makan pun sorang2 jer tak ingat kat Along....sob2

nOOrsha said...

salam kak zana.. pekaba? nampak cam sedap je puding telo ni kak.. td singgah dapo kak ros die kate leh makan ngan savoury² filling gak kan.. makan ngan sambal sardin ngam x ea? heheh...

Amie said...

tak kisahlah rupa parasnya tu... yang penting masih panas makan dengan jem... he heheh lupa pul;ak..minta secawan teh panas ye Dzana...

Ayu said...

Assalam cikgu,
dah lama nampak kat dapur kak ros ni..tapi belum ada kesempatan nak buat lagi...nampak dah ok aje tu cikgu..kita kalau nak buat yang intinya pedas2..hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin