Monday, November 14, 2011

KEK KARAMEL

Asalamualaikum... Hari pertama Aimman menduduki SPM hari ini.. Doa Ibu dan Ayah semoga tenang semasa menjawab soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang seperti upsr n pmr dulu2... amin..

Semalam menunaikan hasrat aimman nak makan Karamel.. kebetulan lama sudah tak membuat kek karamel ni.. saya buatkan untuk aimman n dapatlah juga jamahkan utk kawan2 di bilik guru.. saya menggunakan resepi dari Dapur Anna Qaseh Azzahara.. TQ Ana dan penyumbang resepi asal..

KEK KARAMEL
(Sumber Asal : Pn Munira Baharom)
Copy Paste : Anna Qaseh AzZahra

Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis (Utk Ingatan Saya : Saya perlu kurangkan bhn ini)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)

D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :
  • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
  • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
  • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  • Sedap dimakan sejuk.
Nota Untuk Saya :
1. suhu 160'C - api atas n bawah - 1 jam 20 minit)
2. Utk percubaan akan ada dtg.. saya nk kurangkan susu pekat kepada 1/2 cwn shj
3. Saiz loyang (saya buat 2 adunan saiz loyang bulat 22 cm & saiz loyang 2 ialah 10" x 10")

10 comments:

Unknown said...

sedapnya tgk kek karamel ni kak....terasa mcm nak buat lagi jer...yg ni karamel tebal kan surela lagi sedap:)

didoakan semoga anak akak berjaya dlm SPM nanti..amin:)

Amie said...

Assalam Dzana,
moga aiman lulus cemerlang dalam SPMnya...

hooo.... rajinnya! tengok berderet bersusun bahan & cara buat kek karamel tu... tabiklah! kalau ada depan mata... mau aje Amie terkam! nampak sedap sangat....

Chik Mimi said...

kak na saya jugak duk terlepas ketapi tak buat2 lagi kek ni insyaAllah lepas ni nak cuba jugak la..

Liza said...

salam zana....wahh sggh menngoda jiwa dan perasaan ni...cantik kek tu...

Sheila Shafeareen said...

As'salam sana sini ramai yg dah buat kek ni saya juga yg x terbuat2 heheh apa pun kek akk npk cantik kejadiannya..lapisan dan warna yg menarik...

hazila said...

Salam kak zana,
Saya pun asyik bertangguh je nak buat kek karamel ni...

Wie Mohamad said...

good luck untuk aiman ya..sedap2 kek keramel ni....

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Zana..
Cantik nya kak kek karamel akak ni. Warna sweet dan karemal akak licin jer permukaannya..

Anna Qawina said...

aslmkm kak..t.kasih sudi try dari dapo saya..suka kalau belang ada kaler iaju kuning, rasa kalao xde 2 kaler tu takde seri lak..hehe

Good Luck buat Aiman ye...maknya yg pasti berdebar2...

Anonymous said...

yummy....akak kirim salam kat aoman...kata anty mai ucap good luck ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin