Friday, November 4, 2011

PULUT SERIKAYA

Resepi Yatie @ Sinar Kehidupanku.. dah lama simpan resepi ni.. baru ada kesempatan membuatnya semalam.. memang sedap.. saja saya tak letak pewarna coklat emalco.. hasil warna original dari gula melaka.. yang penting rasanya yg cukup lemak dengan manis yg sedang2 saja.. terima kasih yatie..

PULUT SERIKAYA
(Sumber : SINAR KEHIDUPANKU)
Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

14 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

petang2 begini, rasa lapar melihat pulut serikaya...

Yatie said...

tq kak Zana sudi mencuba...cantiklah lapisan kuih akak tu..kuih2 mcm ni mmng kegemaran Yatie...sedapnya kak, terliur je di buatnya..

Nieza said...

sedapnya tgk pulut serikaya akak ni...paling suka kepala atas tu...hehe

salam aidiladha juga buat kak Zana sekeluarga:)

Liza said...

salam aidiladha kak zana...nmpk sedap jer pulut serikaya tu..

Ezadlieza said...

salam kak zana...seumur hidup lieza belum pernah buat sendiri kuih nih...mmg suka mkn kkuih nih...

Ayu said...

Assalam cikgu..waduh sedap ni..kuih2 macam ni..memang menjadi pojaan hati ku juga..

mimie said...

kak zana...br jer smalam neber bg kueh ni...fuhh sedappp...ni yg berkobar2 nk try wat nihh.....hhihiih

HomeKreation said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha utk Zana sekeluarga. Mmmmuah2 dari Liana!

indahhouse said...

Salam Aidil Adha kak zana,

maaf zahir dan batin.

Suka betul saya dgn pulut serikaya ni. tapi skrg ni dah takleh makan pulut. huhu.. terasa pula nak makan...

Juwita Jamaludin said...

salam kak zana.. sedapnya nampak.. ita suka gak kuih2 gini.. kalau dekat dah ambil seketul.. selamat hari raya kak

Chik Mimi said...

kak na wah sangat suke dengan pulut sekaya ni insyaAllah boleh menerai nanti ,psst cantik akak potong kue tu

cik cek said...

Dtg singgah lepas2 maghrib ni...jamu2 mata...nak jamu selera confirm abis dah ni kan...:D

CT Delima said...

As'salam Cikgu Zana


Lama juga tak makan pulut serikaya ni. rasanya ct belum pernah buat lagi, last makan masa bulan ramadhan, tu pun beli..hihihi

kzai said...

zana cayang..dh minum ptg ke?..ni akak ada bw kan cucur nasi tukar dgn sri muka yg mebeles tu blh?..lemak berkrim...sedapnya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin