Saturday, November 19, 2011

PUDING ROTI MARBLE

Kisah yg dah berlalu.. sekadar laporan masakan sahaja yg boleh dikongsi bersama... terima kasih Naz.. hari ni juga bermulalah cuti sekolah.. bagi anak2 yg seronok bercuti tu.. jaga lah keselamatan diri dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran n buat 'home work masa cuti'.. ingatan juga utk pelajar2 saya di Ting 6A3..

PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo (Naz tak guna kali ini)
  • 3 jenis pewarna kesukaan
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berlainan. (Kalau guna serbuk koko, gaul sebati serbuk koko dengan salah satu bahagian larutan puding).
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.

5 comments:

tun_telani said...

haha.. baru je komen kt SS tu, tgk2 dh ada ni. ke tun je yg slow.. biasa la, sabtu mmg jarang nk ngadap ni pun.
puding roti kegemaran kak naz COSK dan kak naz baulu! hehe... tun x try lg sbb duk sini jarang beli roti putih. kalau nk mkn roti terpaksa wat sendiri (windu nk mkn roti gardenia!!)

nOOrsha said...

salam kak zana...nampak sedap la..aritu sy wat ikut resepi kak hana tak jadik...x taula ape silapnye saye puding tu x mo mengeras.. cairrr je..huhuhu... blhla cube lg pasni ikut resepi kak naz lak :)

Nuridah said...

Asalamualaikum Cikgu,

lama Nur tk singgah sini...nie nk duduk sembang2 sambil mkn puding roti marble yg cun tun...hehe...cikgu sihat ke?? Maaf lah terlambat Nur nk balas kunjungan...kdg terlupa gitu...hehe...boleh gitu...

Amie said...

Assalam Zana,
waduh....waduh! nampak enak banget puding roti marble tu... terasa -rasa dah di tekak kita... he hehhheee

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak zana..
Akak pun buat puding roti ni eh.. Naz suka sgt buat puding roti ni sbb senang dan rasa pun sedap.

Wah pandailah dak Tun telani tu kata puding roti ni kegemaran Naz dan kak Naz Baulu tu..tp mmg betul pun. Bnyk kali buat sampai ada yg tak masukkan entry sbb resepi yg sama jer..hehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin