Sunday, November 13, 2011

AYAM SOS SIAM

Assalamualaikum .. Menu ayam yang ringkas resepi dari dapur kak ummi kuantan.. semalam nampak di dapur Nuwairuni Life is Beautiful memang terus rasa tergoda dengan warna silauan merah ayamnya... resepi saya selongkar2 dari gobok resepi k ummi.. tq kak ummi..

AYAM SOS SIAM

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai */ saya kurangkan
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili / saya tambah sikit sos tomato dan lebihkan sos cili
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
  • sedikit gula (optional)
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit

  • Cara Memasak:-
  • Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  • Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!



5 comments:

HomeKreation said...

Salam Zana cayang. Ujung2 minggu ni rilek memanjang, lapor ni tak makan thari lagi.... bak sikit lauk sedap ni...

nuwairani ismail said...

wah! baru tayang semalam, hari ni dah siap buat! memang best menu ni...kalau yg suke pedas tu lagi la...boleh letak cili banyak2...

Amie said...

Assalam Dzana,
entah berapa rumah dah Amie pergi, banyak dah tayang ayam sos siam, ni datang sini pun ada menu yang sama... kita juga yang tertinggal tak buat, sedap ye Dzana.....

cik cek said...

Emmm...sume org dok buat Ayam Sos SAiam ni...mesti sedap ni kan...simple je bahan2nya...janji sedap kan...:D

HomeKreation said...

Tunggu Zana hantor, taaak juga hantor2... last2 kita buat sendiri ler, meh meliur kat rumah Along pulak sbb Zana punya mesti dah abis dah kan....hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin