Banyak perkara yg berlaku beberapa hari yang lepas.. dengan cuaca yg mmg panas, catuan bekalan air ,masalah b****... , hari sukan di sekolah.. arggggg.... dah hampir 2 minggu rupanya dapurku tak berasap... kuih bakar pisang ni adalah kejadian sebelum bekalan air dicatu.. faham2 jerlah bila tak da bekalan air paip.. mood memasak pun ikut kemarau sama... Alhamdullilah.. dah 2 hari ni bekalan air dah pulih seperti biasa.. harap2 mood memasak akan datang semula..
Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. byk ni coz sy suka pisang.. klau tak suka boleh kurangkan...
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt
3 comments:
lain dari yang lain ni
kuih ape2 je buat dari pisang, sy memang suke :) mmmuuuaaahhh from e-ein!cuti2 ni gi mana kak?
Mama dah cuba resepi ni. Sedap. Terima kasih share ye.
Post a Comment