Monday, June 27, 2011

TAKOYAKI versi seadanya...

Dah seminggu tak da aktiviti masak2.. sejak sesi penggal ke dua ni bermula.. mmg agak sibuk.. sekejap2 jer dapat ber 'BW'...

Hari ni .. melayan keinginan yg melampau nk makan takoyaki .. hihihihi.. kalau org jepun @ bekas penduduk jepun terpandang takoyaki ni mesti rasa terharu kemudian barulah tergelak beso.. rasa ngeri nak makan pun ada agaknya.. wakakaka..

Dah dua kali sebenarnya mencuba resepi yg dari dapur Madiha ni.. Terima kasih Madiha n Ihlamusfir.. berkongsi resepi.. kebetulan anak2 suke pulak makan.. kali ni ubah suai sikit resepinya . saja saya masak garing2 permukaan takoyaki ni.. tak da sebarang hiasan bagai atas takoyaki ni.. kebetulan kehabisan mayonis pulak.. so makan jer cicah sos cili n sos takoyaki.. maka terlerai lah rasa keinginan hari ni.. senyum puas kekenyangan anak beranak..

Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air) / saya guna 15o ml susu+ 150 air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur
4 sb udang geragau (saya tambah )

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
kubis - hiris halus

Bahan2 Taburan (Tak letak)
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )

Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).

13 comments:

Amie said...

assalam,
mmg kena layan keinginan melampau2 tu.... kalau tak, terbawa2 dalam mimpi pulak! hehehehhh

Nora Shahaira said...

Hari tu br try tako ni..mak ko..sedap nye..tapi kongsi dgn membe.,.memg teringat2 nk melantak lg ni..kalo buat sendri mcm tak lepas lg jek..

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. sedap nampak takoyaki akak tu.. hanya tak de semak samun atas tu je.. yang lain tu sama je .. hanya kalau tak di pnggil "tako " yaki la kalau tak pakai tako( sotong kurita)..lawa plak bulatnya pandai akak buat...

ijayuji said...

salam kak zana! tak de ngerinyer kak, lagi tak sabo nak makan adalah ni! mmg takoyaki kalau nak sedap bhgn luar kena garing, kita kalau tgk org kat luar buat mmg akan letak minyak byk2 kasi garing mmg sedap! cuma pelik lerr takoyaki akak ni tak de kaler putih wakakakaka... mayonaise :D

rara pinkmafia said...

wow nt boleh try ni.

kzai said...

salam zana...takoyaki versi ape ni ye..ape2 ajelah janji kenyang dan sodap...akak tingin nk wat takoyaki..kdg2 x jumpa plk bhn2 kt jusco..acuan pun xdak dan malas pun ye jugak..anak p'puan akan suka sgt mkn ni..bila dia beli,akak pun tumpang sekaki

Diana @ Melley Mey said...
This comment has been removed by the author.
Diana @ Melley Mey said...

nie fav anak2 tapi mummy dia nie x perna lagi buat.. hehhee.. asyik beli jer memanjang.. takoyaki versi seadanya tu pun ok gak tu.. cantik gitu lagi... nmpk sedaaap

geez said...

sedapnye....lama xbuat takoyaki ni.....

Kerull said...

Salam Kak..saya rasa ni akak punya..elok akak tengok..banyak gambar dan resepi yang telah diciplak tapi izin di blog ini..
http://buggativeyron10.blogspot.com/2011/02/ikan-bawal-3-rasa.html

Ayu said...

cikgu kita datang bawa talam ke;adi niii kita tahu cikgu sukaaa...heheh
rasalah ya..

Deliah's Deli said...

mmm..bulat2,comel,sedap!!

Ummuafiq Hashim said...

macam lapar je perut ni....memang suka seafood.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin