Againn... selepas melihat kzai membuat tayangan semlm.. tekak terus berdesup nak makan serimuka durian lagi... TQ untuk Rima tuan punya resepi asal n semua rangkaian blogger yg tak jemu2 memasak.. khasnya kakzai la kan..
Untuk lapisan pulut dan tepung saya gandakan(x2) loyang saiz (9"x9")
SERIMUKA DURIAN
Untuk lapisan pulut dan tepung saya gandakan(x2) loyang saiz (9"x9")
SERIMUKA DURIAN
sumber asal : Rima
CP : Izah Muffin Lover
Bahan-bahan
Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula - rima tambah
Cara-cara
1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati.
2. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.
(Saya alaskan loyang dengan plastik , kemudian masukkan pulut. santan, daun pandan & garam dalam loyang,kukus 30 min..kemudian keluarkan daun pandan dan tekan pulut supaya padat)
Bahan-bahan
Lapisan Atas (saya gandakan bahan lapisan atas... tetapi bilangan telur saya letak 3 biji juga... )
150g isi durian
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
(Saya satukan semua bahan di atas dalam blender n blend hingga sebati dan terus masak sebentar sehingga naik wap kemudian kukus)
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong. (Saya biarkan semalaman dlm peti ais baru potong)
Tips :
1. Untuk mengeringkan permukaan talam, Selepas kuih masak, jangan tutup api,buka penutup kukus dan biarkan 5-6 minit, kemudian barulah tutup api.
2. Potong gunakan pisau plastik. Seelok2nya biarkan semalaman..
Tips :
1. Untuk mengeringkan permukaan talam, Selepas kuih masak, jangan tutup api,buka penutup kukus dan biarkan 5-6 minit, kemudian barulah tutup api.
2. Potong gunakan pisau plastik. Seelok2nya biarkan semalaman..
11 comments:
Salam kak! dtg pagi2 niii untung dtg pagi2 kuih lum abis hihihi nanti kalau dah mula sekolah kita kena buat sendirik lah eak :D byk tu kak akak buat kasi kita 3 4 potong yerr :D sejak jumpa durian lembik2 ni kita asyik makan gitu jerr sbb syg pulak nak buat2 kuih gini takut tak jumpa lagi durian lembik kikiki
Pagi Cikgu, sedap serimuka durian...lemak2 manis gitu..nur paling febret kuih serimuka..tak tolak punya kalau kasi...heheh..
kihkihkih.. akk buat byk .. 1/2 utk jiran2 .. meh la pindah sbelah umah akk.. sng akk nak anto .. akk pun sembunyik2 durian tu.. klau nak mkn akk kata heppp.. ibu nk buat kuih tu.. hihihi.. tu pun kene soglap jugak..
to nur.. sama dgn akk.. cuti2 ni rasa nk buat semua n mkn semua .. hahahaha.. mmg naik bdn mkn lemak2 n manis2 ni.. meh dtg umah mkn serimuka.. ada lagi tu..
eh eh terkejut sebab ada link saya.. hehehehhe... akakkk.. nak nak..hari tu cam tak puas makannn jee...sedap n harum nehhh..hari tu saya buat bab pulut tu mcm fail sikit. mungkin pulut murah kot. ada bau sikit. pulut ni depend pada beras pulut jugak kan kak?
Assalamualaikum akak...
aduh akak... sedapnya tu serimuka durian.. kat cnie belum musim durian lagi.. uwaaa... nak2.. sedaaappp
salam dzana
kak ilah suka yg atas tu tebal mcm dzana buat..tak tercapai hajat lagi nak buat seri muka ni...
Alamak mcm nak buat je... Sebab semlm beli durian kat sini... Em sedapnya.. Nak cuba gak la
Salam Dzana...
Ni yg malas dtg sini..menci2 tau!!! knapa tayang derian???? hehehe :)
mmm akak tengok tu.. time kita sibuk x sempat singgah dapo... macam2 ader hu hu huhu.. harummnuyer durian...
tak rasa pun tau sedap..
Post a Comment