Friday, June 3, 2011

BUTIR NANGKA KELANTAN


Butir Nangka Kelantan .. yang benar2 bernangka.. hihihi.. tuan tanah memandai sendiri jer ni.. orang Johor biasa panggil bubur ni bubur candil.. tak kisah lah apa pun namanya.. yang penting sedap... lebih2 lagi bila ditambah hirisan nangka.. jom cuba.. resepi CP dari MYR oleh Yana.. TQ MYR dan Yana... minta izin letakan di sini..

BUTIR NANGKA KELANTAN
(Sumber ; MYresepi)

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • 4 cawan tepung beras pulut ( saya buat 1 cawan jer)
  • air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba.. tak letak
  • garam
  • daun pandan
#5 ulas nangka dipotong memanjang - saya tambah

Cara-cara

  1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul..
  5. apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
  8. lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.
Saya masak butir nangka dan hirisan nangka bersama kuahnya sehingga mendidih..


Notis : hihihi... supaya nangka tidak hilang....

12 comments:

Diana @ Melley Mey said...

wah nmpk cam sedap jer... x pernah lg makan nangka mcm nie...

ijayuji said...

Salam kak!menu ni lah yg kita nak buat! tapi tiap kali beli nangka mesti abis dimakan begitu saja hihihi... minggu depan carik nangka lagi nak buatlah! :D

Nieza said...

oo menarik lum pernah buat lagi...cantik lak nampak hijau kuning tu kak..:)

dZana said...

to Diana.. akk pun baru first time cuba..bagi akk mmg sedap...

to ika... baru teringat.. akk siap2 letak notis tau.. tk nk bagi nangka tu hilang.. hihihi

to Nieza.. akk pun suke warna hijau kuning tu.. utk bbuka puasa mmg best ni nieza..

Juwita Jamaludin said...

Kak zana.. Comel je kena letak nota gitu.. Kalau tak tentu habis dimkn tak sempat ibunya nak buat kuih ye.. Ihiks... Mesti lemak manis ye.. Yum yum

CT Delima said...

As'salam zana

sukanya... sedapnya kalau dapat numpang makan sekali. berkaler2 pengat ni erk, kalau orang Johor kata..hihihi.

siap bagi nota kat situ, bagus gak jadi anak2 taklah habiskan nangka tu kan.. hehehe

Syimama said...

sedapnya...ni kalau orang BANJAR namanya 'WADAI KIPING' bezanya wadai guna gula merah/gula melaka.

norlie said...

sruuuuppp.. teringin tengok!

Amie said...

dZana,
pernah makan bubur candil waktu buka puasa... tp dah lama dulu...

ain (sweet thots) said...

cun kak butir nangka akak .. ;) terpikat la kat notis yg akak tampal kat peti sejuk tu. bagus gak wat camtu. nnt kita tiru .. hehe

kaklong69 said...

Ratu Hijau mestilah ada kaler hijau.Zana ni terlalu fanatik kat hijau...melambangkan awet muda kannn..Cayang Zana..

Nor Sahana said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin