Saturday, June 11, 2011

SOTO AYAM BERSANTAN


Ada kisah disebalik ni.. tpi biarkan lah..... soto ayam bersantan kini telah menjadi kegemaran keluarga saya.. huuuu... lemak2.. apapun memang best.. resepi oleh Diana di MyResepi .. Terima kasih Diana.. lama dah menghilang.. apa khabar yer..

(Saya masak 1 ekor ayam jer.. untuk bahan2 rempah saya ubah mengikut kesesuaian)

SOTO AYAM
(Sumber : MYRESEPI)

Bahan-bahan ( 12 orang )
6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis

Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup


Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah *
20 biji lada padi merah thai*
2 ulas bawang putih*
1/2 cawan kicap lemak manis*

*blender..

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat


Cara-cara
1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau.

2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati.
3. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.


6 comments:

Mas said...

akak...sedapnya tengok soto pepagi ni...
menggoda betul....

ijayuji said...

Salam kak! nak tumpang bf sini :D sedapnyerrr!!!! mmg suke dgn reesepii nii best!

izahdaut said...

sotoooooo..saya suke kak. santan ke kosong ke semua suke. nak copy aa resepi ni. nak buat lalala nak buat lalala...

Juwita Jamaludin said...

Salam kak zana sukanya soto.. Sedap sgt nampak tu.. Bila la rajin nsk buat ni

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Dzana, yg sy belajar & tau, soto memang kena bersantan & namanya soto madura. Tu yg sy tahulah, tapi mmg sedap kalu letak santan, kan... isk, teringinlah pulak.. huhu

rara pinkmafia said...

alamak.terliur ni.cane ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin