Monday, July 11, 2011

KUIH LAPIS COKLAT

Resepi Chef Hanieliza.. CP dari dapur kak ummi.. tq kak liza n kak ummi..


KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis
(Copypaste : Kak Ummi Home Sweet Home)
Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam

Bahan B:

  • 1 sudu teh pes coklat/emulco
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
  • 1/4 cawan air suam

# bancuh bersama bahan B di atas.

Bahan C:

  • 1/4 cawan air suam

Cara-Cara:-

  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
  5. Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
  6. Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
  7. Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
  8. Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
  9. Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.


9 comments:

HomeKreation said...

Zana cayang, ALong datang fitst ni kena bagi setalam ler nampak nya...hehe

Fiza Nordin said...

cam janji je ngan along nak melapis yek....

Juwita Jamaludin said...

cantiknya kak kuih lapis akak ni.. ita pun tak pernah buat.. macam nak buat je kak.. tentu sedapkan..

kak ada award ye datang amik tau.. tapikan kak ada tagnya sekali kalau free buat la kalau tak tak pe tau.. faham akak busy

noorsafone said...

Zana...cantik talam tu...rasa macam nak cuba je...

Sheery Dream Cakes said...

cantik n kemasnya potongan kuih lapis tu... suka tgk

nOOrsha said...

salam k zana..sedapnye kue lapis ceklat... bebudak yg x suke mkn kuih tradisi mesti tak tolak kuih ni sbb ade ceklat kan kan kan.. :)

cik cek said...

Zana...kemasnya lapisan kuih lapis ni...

Unknown said...

salam rinduu kak zana, sorryla lately ni bz xtvt luar je tak sempat nk bw.sedap kuih lapis coklat akak ni nieza dah pernah buat dah tapi resepi lain...ni nk rasa akak buat pula..hehe

Mamasya said...

Cantik kuih lapis coklat k.Zana ...kemas lapisannya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin