Sunday, June 12, 2011

LIGHT CHEESE CAKE

Menu last main masak2 sebelum naik sekolah esok... huuuuu... selepas ini, dapur saya akan berasap sekali sekala sahaja... Inilah hasil godaan Hasue: I love My Live, lepas ni jangan goda2 akk lagi sue.. Tq atas resepi yang sangat sedap ini.. nnti akk nak buat yg 'colourful' pulak.. berangan la tu.. hihihi.. akk CP resepi di sini yer.. TQ again...untuk tutorial kek ni boleh klik di sini

Light Cheese Cake
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

(UNTUK RUJUKAN AKAN DATANG)
Untuk saiz kecil:(rendah je kalo guna loyang 8",kalau nak kek tinggi guna loyang 6")
Tulisan berwarna biru di bawah untuk saiz lebih besar..loyang 9"

Bahan-bahan:
• 125g cream cheese | 175g cream cheese
• 200 ml susu segar | 400ml susu segar/perisa strawberi/perisa coklat
• 70 g mentega atau marjerin | 90g mentega/ marjerin
• 70 g tepung gandum | 90g tepung gandum
• 70 gram gula halus | 90g gula halus
• 2 biji telur saiz A | 4 biji telur A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon



9 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam, menarik kek ni mmg npk pun dah tahu kesedapannya...gebus gitu masuk list dulu...

Wanieyra said...

salam kak, bukan akak je tergoda, ira pun tergoda gak cuma tak sempat nak try lagi, tak de stok cheese

nOOrsha said...

salam cekgoo.. sedap nampak ciskek nih.. gebu sungguh.... masuk mulut lesap jer ni kn :)

Juwita Jamaludin said...

salam kak zana.. sedapnya nampak tadi nampak gak kat umah love... tergoda dah

Amie said...

assalam,
gebunya kek tu..... yummy!

Sheery Dream Cakes said...

wah kat cnie pun ada kek nie ler... wah2.. bila ler giliran diana plak nie... sedaaapnya

mutiara hati said...

Salam kunjungan... gebu aje kek nya... nak cubalah, senang2 singgah la ke blog saya ;)

cik cek said...

Emmmm...nyamanya rasa cheesecake ni...salam dari kak cek....:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wah! macam kek keju kapas ni.. sedappppp

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin