Monday, September 17, 2012

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Salam sejahtera... berdessert dengan agar2 milo n oreo.. bagi pengemar coklat, harus mencuba resepi along ni.. saya copy paste resepi dari dapur Along.. ada juga versi bahasa melayu yer.. boleh lihat di sini. Terima kasih Along.

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO
By: Roz@HomeKreation
Makes: 8" square
INGREDIENTS:
1 packet / 10g Jelly Powder (Agar-Agar Powder)
750ml Water
160g Sugar
1 can (400g) Evaporated Milk
3/4 cup Milo Powder
1 pack (137g) Oreo Cookies - break into small pieces but keep the sandwich together 

METHOD:
1. Place jelly powder and water in a pot & cook until jelly is dissolved.
Add in sugar & cook until sugar is dissolved.
Add in milk, stir well & off fire once boiled.

2. Separate 2 cups of the mixture into another pot & add in Milo powder.
Stir well until milo is dissolved.

3. Pour 1cup of Milo mixture into a square container and let the remaining half warm up on smallest fire.
Let it set slightly on surface before pouring another layer.
Pour the plain mixture on top.
Sprinkle oreo cookies & let is set on the surface.
Pour the remaining milo mixture.

4. Let it set completely at room temperature before chiiling it in fridge.
Serve cold.

TIPS FOR LAYERING:
a. Do not wait until the layer is completely set before pouring the next layer, or else it will not stick. If happened, scratch surface with fork before pouring the next layer.
b. Make sure the mixture is still hot when pouring on the earlier layer so that it will stick well.


Friday, September 14, 2012

KEK KUKUS BUAH

Salam Sejahtera buat semua.... syawal dah hampir ke penghujung.. tpi rombongan cik kiah masih terus meneruskan misi.. dari kujungan barahan bertukar menjadi kunjungan muhibah.. hahahaha.. memang dipenghujung camni berselera betul bila buat makan2.. angka 61.7 kalau boleh maintain hendaknya.. kalau boleh kurang pun amatlah dialu-alukan..  mengukus kek 3 jam setengah mmg mguji kesabaran.. 1/2 jam lagi nak cukup 4 jam pun tak leh nak tunggu.. hihihi.. tapi hasilnya tetap sangat memuaskan.. yang penting saya dah jumpa resepi kek kukus yang sangat memenuhi selera saya.. bagi sesiapa yang mengemari kek kukus yang lembab bolehlah mencubanya.. nak buatnya pun sangat mudah.. saya guna senduk kayu n wisk sahaja.. 
Terima kasih Shiela di Spices Journey dan pemilik resepi Notes Kamilia Ibrahim Kak Uteh atas perkongsian resepi kek ini. RESEPI boleh lihat DI SINI..  



Monday, September 10, 2012

FRAMBOZEN KENARI


Asalamualaikum dan salam sejahtera.. updated biskut raya.. teringin nak buat  n nak makan jugak.. .. buat semasa di penghujung ramadhan hari tu.. dalam penat2 besekolah tu.. sempat mengendap ke kedai bakery (red star) membeli loyang yang siap 'cutter'.. huuuuu... susahnya nak memasang cutter tu...  terima kasih Kak zu Semanis Gula n Azlita Masam Manis atas resepi n tips yang diberi.
  
FRAMBOZEN KENARI
Bahan-bahan
A
250 gm tepung gandum/redrose
110 gm gula icing
110 gm serbuk badam/ground almond
195 gm butter
1 biji telur kuning
80 gm susu tepung

B
TOPPING
TENGAH...jem blackcurrant secukupnye
TABURAN....almond flakes  

C
ROYAL ICING
60  gm putih telo
80  gm gula castor
2 tbsp tepung jagung
* Putar putih telur dan gula hingge menjadi meringue.Masukkan tepung jagung, kacau dengan kaedah kaup balik.

CARA-CARA
1. Putar butter dan gula icing, masukkan kuning telur, masukkan tepung, susu tepung dan serbuk badam. Jadikan doh ( jike adunan masih lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit )
2. Lapik tray 12x12x2 dengan kertas ( 1 adunan ini cukup untuk 1 tray )
3. Letak adunan dan tekan padat.Cucuk dengan garpu dan tekan adunan dengan CUTTER , bakar lah biskut hingge masak lebih kurang 30 minit pade suhu 170 c.
4. Bile dah masak angkat CUTTER dan sapu jem serta royal icing dan pasang semula CUTTER tersebut. Barulah di susun badam flakes YNG TELAH DIPANGGANG
5. Bakar lagi selame 20 minit.  ( tambah lagi mase membakar 1 jam pade suhu 100 C untuk mengeraskan royal icing )
6. Terus membuke CUTTER dan biarkan biskut sejuk dahulu baru lah di angkat.



Saturday, September 8, 2012

EXOTIC KIWI DRINK

Salam sejahtera... projek   trial n error  untuk Aimman... mencubanya semasa cuti panjang hari raya tempohari.. sepatutnya greenberry exotic.. terpaksa bertukar kepada kiwi exotic setelah puas merandah supermarket mencari jus greenberry..

Bahan-bahannya 
Kordial Kiwi,
Sunquick,
Sirap Gula
Nata de Coco
Biji Selasih - rendam dahulu
Kiub ais 

Cara2
1. Masukkan kiub ais, gula sirap dan ais sunquik dan nata de coca
2. masukkan air  kiwi dengan perlahan. ( coz nak dapatkan lapisan warna kuning hijau tu)
3.Akhir sekali masukkan biji selasih. Siap..



Thursday, August 30, 2012

MEE KARI NYONYA

Salam lebaran untuk semua.. bagi warga di negeri Johor masih meriah meraikan lebaran sehingga ke penghujung syawal.. program marhaban di taman memenuhi ruang malam, rumah terbuka,  n majlis perkahwinan memenuhi jadual hujung minggu pula..
Mencuri masa utk mengemaskini blog ini.. dengan menu kegemaran en hb.. kali ini saya mencuba resepi mee kari nyonya kak Jee,  saya copypaste dari dapur Azian Collections..saya sangat setuju dengan pandangan azie.. memang SEDAP!.. esok ada tetamu  nak beraya di rumah so boleh lah saya masak sekali lagi mee kari ni esok.. terima kasih kak Jee n Azian..


MEE KARI NYONYA
Sumber asal : Kjee
Rujukan : Azian Collections.
BAHAN-BAHAN:-
1 cawan rempah kari daging babas

½ cawan cili kisar
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
taupok (tahu goreng)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh

kacang panjang
Terung panjang
cara penyediaan:-
1.Tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan kemudian tumis hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

3.Bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka kepekatannya.
3. Bila dah menggelegak, masukkan santan pekat 1 cawan. 

4. Biarkan ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. 
rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.
5. Celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk.  begitu juga taupok , tahu goreng yg dipotong nipis  , kacang panjang dan terung yang telah di goreng sebentar dan disusun atas mi
6. Curah kan kuah dan letakkan daun pudina, hirisan limau , fucuk goreng serta sambal dan telor rebus jika suka...




Saturday, August 18, 2012

SALAM LEBARAN 1433H


Salam Lebaran, Maaf Zahir dan Batin kepada semua blogger GMM  andai ada terkasar bahasa atau yang menyakitkan hati selama kita berkawan di alam maya dan kepada semua  pengunjung yang sudi menjenguk blog , akhir kata hanya kemaafan yang dipinta..

Friday, August 3, 2012

PUTU MAYAM

Salam Ramdhan ... teringin sangat nak makan putu mayam.. nak ke bazar ramadhan.. rasanya tidak lah buat masa ini..  teringat pulak masa promoter kt carfour buat promosi produk faiza menggunakan bihun faiza utk membuat putu mayam.. bagi saya yang malas ni mmg tidak mengecewakan dari segi rasanya.. dalam sebungkus ada 8 keping bihun.. saya masak 3 keping utk makan 4 orang.. rasanya setakat ini.. bihun faiza jer yg sesuai utk buat putu mayam ..jenama lain saya tidak pasti.. niat saya untuk berkongsi yer.. saya membeli sendiri bihun ini dan tidak mdapat sebarang bayaran untuk maklumat ini.. hihihi..

PUTU MAYAM SEGERA
( untuk 4 org makan)
Bahan2
3 keping bihun faiza ( sebungkus ada 8 kpg)
kelapa parut secukupnya
gula merah secukupnya.
Cara2
1. Rendam bihun lebihkurang 15 minit
2. Toskan dan kukus lebihkurang selama 10- 15 minit
3. Dihidang bersama gula melaka dan kelapa parut.. siap

Thursday, August 2, 2012

SAMBAL SOTONG


Salam Ramdhan ke 13... menu berbuka yang dah terlepas... sotong potong bunga2 inspirasi dari dapur knor Secubit Garam... saya copypaste resepi sambal sotong dayang dari Dapurku sayang untuk sesiapa yang baru nak belajar membuat sambal sotong.. tq knor n dayang yang memberi inspirasi..

SAMBAL SOTONG
(Sumber : DapurKu sayang)
Bahan-bahan :


  • 10 ekor sotong sederhana (dibersihkan).../saya guna sotong besar..
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 3-4 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 1 inci belacan bakar (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • sedikit air asam jawa
  • gula melaka
  • garam secukup rasa
Cara-cara : 
  1. Gaul-gaulkan sotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga masak/garing. Ketepikan.. saya ikut cara knor..
  2. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng sotong tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan garam, gula dan bawang besar. Kacau lagi. 
  3. Akhir sekali masukkan sotong dan air asam jawa. Gaul-gaulkan sebati hingga kuahnya pekat. 
  4. Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak. 
 CARA2 MEMOTONG SOTONG BERBUNGA
(Sumber: Secubit garam)
Cara:
Bersihkan sotong dan hiris selebar 1 in. Gunting/potong dgn pisau disatu bahagian (jgn sampai putus) hingga keliling sotong tadi. Buat hingga habis dan toskan.
Masukkan sotong kedalam kuali kecil dan panaskan dgn api sederhana.
Kacau2 dan biarkan sotong hingga setengah masak.
Tak perlu dimasukkan air kerana nanti sotong tu sendiri akan mengeluarkan airnya (airnya jgn dibuang)
Tutup api dan ketepikan. (jgn masak lama, cuma lebih kurang 2 minit jer)
untuk petua memasak sotong bolehlah jengah2 di blog knor secubit garam..

Wednesday, August 1, 2012

MEEHOON GORENG TAUCU


Salam Ramadhan yang ke 12.. mengemaskini menu berbuka semalam.. menu biasa2 sahaja.. terima kasih ayu n hana..


MEEHOON GORENG TAUCU
(Sumber : Hana's Family)
(Resepi asal : Curlybabesatisfaction)
Bahan-bahan
  • 400g mee hoon direndam hingga lembut
  • *50g udang kering direndam/ saya guna ikan bilis
  • *3 biji bawang putih
  • *11/2 biji bawang besar - bahan * dikisar
  • 4 sudu besar taucu di tumbuk kasar/halus-(dibilas supaya kurang masin)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • udang sederhana besar
  • sawi secukupnya
  • taugeh secukupnya
  • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
Hiasan
  • tauhu goreng dihiris (optional)
  • daun kucai-(optional)
  • telur dadar yang dihiris halus
  • jus limau
  • cili jeruk
  • bawang goreng
Cara-cara
  • Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu.
  • Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.
  •  
  • saya masukkan sawi kemudian... 

Tuesday, July 31, 2012

PUDING KASTARD BERKUAH

Salam Ramadhan yg ke 11 hari.. sekejap sahaja masa beredar.. saya masih melayan perasan sendiri.. kali pertama berpuasa berjauhan dengan aimman memang terasa sangat sayunya.. masih rasa bimbang, bagaimana masa sahurnya, masa berbuka n mcm2 lagi.. smga anak ibu dapat menempuhnya dengan baik.. di rumah saya sekeluarga hany melayan menu biasa  yang seadanya.. rasa kurang 'mood' untuk memasak 'sakan'..

PUDING KASTARD BERKUAH
(Sumber : Yatie di Sinar Kehidupanku )
Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 5 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang mix fruit tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard

Saturday, July 21, 2012

PAVLOVA n HAPPY BIRTHDAY ABANG!!

Asalamualaikum dan Salam Ramdhan buat semua... 
Pavlova yang tertangguh kejadiannya... membakarnya semalam sementara menunggu abang pulang ke Batu Pahat dari Shah Alam .. oleh kerana agak lewat abang sampai.. lepas solat marhgrib terus seisi keluarga bergegas ke SR  untuk makan2.. pavlova saya simpan dibekas kedap udara.. dah malam rasa tak larat pulak nk makan2.. hari ini kami berbuka puasa di kampung dengan mak n abah juga oteh berdessert  'pavlova'.. adik2 yang jauh 'diperantauan'  tu jgn cemburu  pulak yer.... hihihi

 19 Julai hari lahir abang yang ke 18.. semoga abang sentiasa dalam keberkatan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki , dipermudahkan menerima pelajaran dan berjaya dalam pelajaran,berjaya dalam  kehidupan didunia n akhirat.. ameen..

 Resepi dari Dapur Tanpa Sempadan.. Terima kasih Cik Mat.. 

 PAVLOVA
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 putih telur (mat guna telur gred A)
1 cawan gula halus (mat cedok keluar 2 camca teh)
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, mat guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar seperti dalam gambar, hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

Friday, July 20, 2012

RICH OREO CHOC BROWNIES


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... menu yang dibawa ke acara potluck dibilik guru semalam..  
Resepi dari dapur Alongroz ... sudah menjadi fav keluarga brownis oreo ni..tq Along sayang.. 

sejak akhir2 ni waktu agak terbatas utk mengemaskini dapur inspirasi ..begitu juga dapur realiti nya.. hari ni kene membeli sikit2 barang dapur utk persediaan bersahur nanti.. kepada semua warga muslim se dunia diucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak.. smga amal ibadat kita akan mendapat keberkatan.. amin.

Panaskan oven 170C
240 gm cooking chocolate  cairkan  masukan  225 gm butter - (double boiler) (BahanA)


250 gm gula halus + 3 biji telur (A) + esen vanila (saya letak 4 biji sebab saiz telur kecil)..
kacau hingga sebati.. /until smooth.(  Bahan B)


60 gm tepung + 40 gm koko + sedikit garam + baking powder.. ayak (  bahan C)


11/2 pack oreo - patah 2 n gaulkan dengan 15gm tepung.

satukan bahan A dan B- kacau sehingga sebati, 
masukkan bahan C dan kacau rata, akhir sekali masukan biskut oreo.. 
masukkan dalam loyang 9'' 
dan bakar pada suhu 170C selama 45 minit. 
resepi penuh boleh rujuk di SINI atau di dapur ALONGROZ.


SALAM RAMADHAN 1433H

Assalamualaikum& Salam Sejahtera.. selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengunjung Inspirasiku. Semoga ibadah kita tahun ini mendapat keberkatan.. 

Buat Aimman yang pertama kali berpuasa berjauhan dari keluarga, semoga terus diberi kekuatan .. ibu doakan semga dipermudahkan semasa menjalani ibadah puasa dan mengikuti pelajaran serta berjaya cemerlang dalam ujian/peperiksaan..amin

Niat Puasa Ramadhan (harian)

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
 
Niat Puasa Ramadhan (sebulan)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa berbuka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
maksudnya: Ya Allah aku telah berpuasa untuk Engkau dan pada Kaulah aku mempercayainya dan aku membuka puasa dengan apa yang Engkau berikan.

Thursday, July 19, 2012

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew,:D

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera... memeriahkan majlis GA Novelis @ peserta Masterchef Malaysia Shahriah Abdullah.. yang cantik rupawan , sangat rajin memasak dan mencipta resepi yang lazat2 lagi mengoda.. untuk sesiapa yang berminat bolehlah bertandang ke blog THE WRITER;S COOKING untuk berkenal2an dengannya, mencuba resepinya, membaca karya penulisan novelnya(kene beli la yer) ooopss dah ada hadiah novel la.. .. , menjawab soalan kuiznya dannnn yang pasti merebut hadiah2 lumayan yang disediakan.. akk pun mcm kak ummi sha.. tak sempat nak join.. hihihi.. akk pun hari2 buat soalan kuiz bertulis.. naik juling nak membaca jawapan .. kuiz akk ni tak de hadiah..tak larat nak sponser hadiah.. hahaha..  apapun selamat maju jaya yer sha..

Thursday, July 12, 2012

CUCUR@CEKODOK BILIS AIR PANAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. mengemaskini blog dengan menu biasa sahaja tapi dioleh dengan mengunakan idea kreatif cikgu norlida... cucur bilis yg membuatkan kita berkerumun meriah di bilik guru di pagi hari... penggal ke 2 yg sangat sibuk n hujung minggu yg berisi dgn pelbagai program menyebabkan masa agak terbatas mengadap laptop n bersiar2 di blog kwn2.. diharap kwn2 blogger tidak berkecil hati..

Jom mencuba Cucur ikan bilis yang tetap lembut walaupun dah sejuk!..

CUCUR @CEKODOK BILIS AIR PANAS
Bahan2
3 cawan tepung gandum*
segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
1 biji bawang besar potong2 kecil*
1 biji lada merah(dihiris)*
daun sup/bawang (hiris)*
garam secukup rasa*
2 1/2 cwn air panas mendidih
minyak untuk menggoreng

Cara2
1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat n kental spt gambar di atas
4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.. kalau nak cepat buatlah besar2 yer
5. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..



Friday, June 29, 2012

INTEC, UITM

Assalamuaikum &  Salam Sejahtera... 

Lamanya rasa tidak mengemaskini dapur inspirasi kesayangan ini... tidak kemana2 pun, hanya sibuk menjalankan tugas rutin serta pelbagai hal yg tidak terduga.. sejak aimman di sini, semangat saya utk mengemaskini blog bagai dibawa pergi..aktiviti memasak turut merudum sama.. terlalu panjang untuk dikisahkann.. doa kami sekeluarga semoga abang terus diberi kekuatan meneruskan ketentuan ini..

3 Jun 2012..Kehidupan abang diteruskan di INTEC (International Education College), UITM  selepas mendaftar di UM 27 Mei lepas... kerana  mendapat tawaran pembiayaan daripada MARA utk Pengajian Ijazah Luar Negara (PILN).. abang di tawarkan Kursus Persediaan ke Jepun selama 1 tahun 10 bulan.. dalam bidang Engineering .. jauh tersasar dari cita2 asalnya untuk menjadi arkitek..(Interview utk arkitek)..
Menjalani kehidupan disini bagai kejutan buat abang.. segala2nya sendiri.. dari soal makan, minum, pakaian, bangun pagi n  ke kuliah segala2nya semuanya diurus sendiri... berada bersama kawan baru yg sudah biasa tinggal di asrama... fasa kehidupan baru buat abang.. sebelum ni berpisah dengan keluarga kerana PLKN.. kali ini kerana perkiraan masa depan pula.. semua nya terpaksa berubah.. tiada lagi suara ibu terjerit2 suruh itu n ini.. huuuu.. tika ini saya hanya memantaunya dari jarak jauh pulak.. telefon gengam tak pernah lekang dari tangan.. byk yg perlu dipesan itu dan ini.. Syukuralhamdulliah semuanya sudah kelihatan normal nampaknya..

Mempelajari bahasa Jepun bukanlah perkara yang mudah.. (antara 5 bahasa di dunia yang paling sukar dipelajari).. hari ke 2 mengikuti kelas bahasa jepun kedengaran sudah keluh kesah risau n bimbang  abang dihujung talian .. huuuu... berada dalam kalangan kawan2 yg berkrim2 cemerlang saya merasakan  semangat abang telah kian  jatuh merudum.. wahai anakku.. bersabarlah.. manalah ada orang yang belajar bahasa boleh menguasainya dalam masa 2 hari.. baru 2 hari nak.. memujuknya tanpa henti..mengingatkannya tentang beribu2 orang diluar sana tidak mendapat peluang sepertinya.. kisah UM yang telah berlalu usah dikesalkan, sudah pasti telah tertulis rezeki abang di sini.. ibu tidak akan berhenti berdoa..  kawan2  lain mungkin dalam keadaan tekanan  yg sama cuma mungkin dapat dikawal .. bagi abang saya lah tempatnya mengadu.. dalam pada itu saya juga perlu kuat untuk terus memberi semangat padanya.. airmata ini tak pernah berhenti mgalir bila teringat saat2 getir yg dilaluinya.. saya tahu abang adalah seorang yang hardworking..keadaannya yg homesick juga turut mempengaruhi semangatnya.. 

Kini saya merasakan keadaan abang sudah bertambah baik, saya tahu abang kini sudah kembali bersemangat dan terus gigih berusaha.. Syukur Alhamdullilah..   saya sekeluarga terus  mendoakan yang terbaik buat abang..

Yang pasti  setiap hujung minggu saya sekeluarga melalui tol Pagoh merentas lebuhraya utara selatan ke Shah Alam .....

1 Jun 2012... ke Cameron Highland tanpa perancangan...

Wednesday, June 6, 2012

BASIC SCONE

  
 Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
macam dah lama tak BW.. nak updated blog pun berkejar2 dengan masa.. banyak peristiwa yg berlaku dalam cuti 2 minggu ni.. ulang alik ke KL jer dah 3 kali..esok akan ke KL lagi..
 dalam sibuk2 tu tanpa disebut2 n dirancang sempat jugak ke bumi sejuk cameron highland... ternampak pengusaha kebun strwbery menguli scone.. masa tu tengah kenyang so cam malas nk beli.. tpi bila balik rumah teringat2 pulak.. mmg tak pernah buat bende ni.. so cuba jer lah.. mmg sedap u.. makan panas2 dengan jem strwbery less sugar n butter..
 
Resepi dr MYR oleh zurin.. tq zurin n my resepi...  rangup diluar n lembut didalam..
BASIC SCONE
(Sumber : My Resepi)

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 cawan tepung
  • 1 tbsp baking powder
  • 1/2 tsp garam halus
  • 100g butter sejuk
  • 2 tbsp gula castor
  • 1 cawan susu segar 
  • 1 biji telur (saya tambah)
  • sedikit strawbery kering (saya tambah)

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan kering dgn garpu
  2. Buat lubang ditengah tepung, parut butter sejuk ke dlm tepung. Butter lagi sejuk lagi bagus.
  3. Gaul butter & tepung dengan garpu(boleh guna hujung jari) sampai butter & tepung jadi berbiji2 sedikit.Jangan uli. Nanti scone jadi padat & berat.
  4. Masukkkan susu+telur dan gaul semua dengan garpu sampai tepung dah melekat saja. Memang doh akan rupa tak cantik.
  5. Saya sapu permukaan scone dengan lebihan susu+telur sebelum dibakar
  6. Canai doh jadi 1inci atas tmpt bertepung sedikit (takut melekat). Tekap dgn acuan. Bakar pada suhu 230C sampai atas kuning keemasan.(saya bakar suhu 180 - 20 minit)


Thursday, May 31, 2012

UM dalam kenangan...

Melapurkan cerita 27 Mei 2012 untuk kenangan .. kisah di UM ..Pic ihsan dari FB Kolej 12 ...  suasana hari pendaftran pelajar asasi di Kolej 12 UM ..yg rasanya hampir sama setiap tahun.. jam 8.00 dah sampai di sini.. sempat bersarapan di cafe kolej.. pilihan makanan sangat banyak.. kalau keadaan menu cafe mantain mcm ni mmg boleh gemuk anak bujang ibu yg ceding itu.. apakan daya jodoh tak panjang.. 8.30 mengisi pelbagai dokumen n beratur utk dapatkan bilik.. alhamdulliah semuanya berjalan lancar..

bilik di tingkat 2 , blok apa ntah.. beli baldi,penyapu, mop n apa2 ntah lagi dibeli di kop kolej.. kes malas nk berangkut2 dari rumah.. sempat buang2 abuk, mop n kemaskan katil,  baju2 n peralatan abg di loker.. lebih kurang kul 11 dah siap.. lepak2 n makan2 lagi,sementara  menunggu taklimat di Dewan Canselor kul 2.30 ptg..



takwin yang sangat padat di asasi.. abang ditawarkan mengikuti asasi alam bina, puas jugak memujuk supaya memilih asasi perubatan or farmasi semasa mengisi borang.. kesungguhannya serta minatnya nak menjadi arkitek saya ikutkan saja nampaknya.. kalau dulu nak belajar kene paksa2 kali ini saya mengalah .. smga anak ibu berjaya cemerlang dalam bidang yang diminatinya.. amin.. lega juga bila mendengar taklimat asasi alam bina merupakan feeder bagi UM utk kursus2 di fakulti alam bina.. maksudnya selepas tamat asasi tak perlu lagi mengisi borang UPU (asasi sains hayat n fizik perlu mngisi semula UPU).. yang penting CGPA mesti melepasi tahap yg ditetapkan.. saya  nasihatkan abg supaya belajar bersungguh2, fokus n score 4.00.. supaya ibu tak malu nak memohon apa2 biasiswa dari JPA or mana2 nanti.. jam 4.30 habis taklimat .. rasanya melebihi  3000 orang dalam dewan canselor yg tersergam itu.. selepas tamat saya menapak semula ke kolej 12 (pergi n balik).. merasai suasana berjalan kaki di kampus yang telah saya tinggalkan hampir 22 tahun yg lepas  (dulu di UPM) .. 'aduss mmg sudah tua rupanya aku'... 
pic ihsan en google .. mood mengambil gambar jatuh merudum sebenarnya.. air mata mmg bila2 akan berderai jika tidak diseka.. huuuuuuu... sebelum ni berpisah kerana PLKN di kuala pilah kali ini di UM pulak.. begitulah lumrahnya.. awal2 mmg begitu.. alah biasa tegal biasa.. saya mmg rasa sangat sensitif sejak akhir ini.. rasa tak puas membesarkannya.... selepas sesi nasihat, peluk cium saya beredar dari kolej jam 630 ptg.. dgn air mata yg tak diseka2 lagi.. sobsobsob..  banyak peristiwa suka duka berlaku sebelum n selepas ke UM sebenarnya... apakan daya rezeki  abang utk belajar di UM tidak lama.. sempat merasa 2-3 hari minggu haluan siswa untuk kenangan.. smga saya, keluarga n abang membuat keputusan yang tepat utk masa depan nya.. doakan semga dipermudahkan segalanya.. ada perkhabaran gembira utk abg.. tahniah anak ibu..

Friday, May 18, 2012

STEAM BOAT di rumah..





Air asam (Ika bangkok)

Asalamualaikum & Salam Sejahtera... 
SELAMAT HARI IBU/SELAMAT HARI GURU/HAPPY BIRTHDAY ADIK..
Mei yang sibuk.. sibuk dengan keje rutin n sibuk jugak makan kek yg berkrim2 tu.. 
minggu 1 mei.. konon sibuk buat soalan peperiksaan memanjang hingga ke minggu ke 2 .
13 Mei - hari ulangtahun Syamira yg ke 14 tahun.. smga anak ibu yg kuat merajuk tu  rajin belajar dan menjadi anak solehah.
13 Mei juga hari ibu... kongsi kek dengan adik... hihihi.. jgn marah
16 Mei - Hari Guru.. sehari suntuk mengadap beraneka jenis kek.. tak laratnya..
17 Mei - aimman ujian memandu.. fail di jalan raya.. bersabar yer abg.. jgn putus asa..
18 Mei .-  ada surprice kek lagi.. tq peysin,mui ling, ahgek n judith.. 
18 Mei - peperiksaan kertas ekon 944/2.. ada keje menunggu selepas ini.. 
20 Mei..... bertambah lagi angka umurku.. Insyaallah...
23 Mei peperiksaan  kertas ekon 944/1... yg atas tu tak habis tanda dtg pulak yg ni...
 25 Mei - ujian memandu ulangan utk aimman.. smga lulus yer.. amin
27 MEI.. hari pendaftaran aimman di PASUM .. huwaaaa... 

menu yg mudah jer ni.. steamboat berkuah tomyam.. dgn air asam ika yg pedas berapi-apiiiii....

Thursday, May 10, 2012

TORTILA

Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Laporan menu breakfast  ringkas..inspirasi dari dapur mama hawa..
Beli tortila bawang putih readymade...  goreng quickburger kemudian saya potong memanjang, saya tambah telur dadar, hirisan tomato n salad..susun lah semua bahan ikut suka atas tortila yg telah dipanaskan sebentar..


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin