Tuesday, July 31, 2012

PUDING KASTARD BERKUAH

Salam Ramadhan yg ke 11 hari.. sekejap sahaja masa beredar.. saya masih melayan perasan sendiri.. kali pertama berpuasa berjauhan dengan aimman memang terasa sangat sayunya.. masih rasa bimbang, bagaimana masa sahurnya, masa berbuka n mcm2 lagi.. smga anak ibu dapat menempuhnya dengan baik.. di rumah saya sekeluarga hany melayan menu biasa  yang seadanya.. rasa kurang 'mood' untuk memasak 'sakan'..

PUDING KASTARD BERKUAH
(Sumber : Yatie di Sinar Kehidupanku )
Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 5 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang mix fruit tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard

9 comments:

ijayuji said...

Salam ramadhan kak zana!! alaaaaaa..kita suke puding2 gini, nak2 ada kuah yg membajiri puding tu mmg i loikeeeeeeee!! selamat berbuka ya kak.. sian dia, mesti rindu kat aiman ya

nazayiena said...

Sedapnya puding kastard berkuah nie buat berbuka puasa.

tun_telani said...

salam kak zana.. adehh.. petang2 ni terliur nengok puding.. tun nk kuah dan buah lebih ye ^^

ijayuji said...

Kak, aiman kat jepun ke kak? Aduhhh ketinggalan sungguh, dpt belajar kat sana ke? Jepun kat mana? :D byk nk tanya ehehe... Takpe, nanti lama2 akak jd biasa, kita pun agaknya mcm manalah klu terpisah jugak nanti ni ya huhu..

quinnie said...

kak..utk saya kasi buah lebih skit..heheheh..selamat berbuka kak zana :)

Rohah said...

enaknye pencuci mulut bila makan time buka puasa kan kak..

Nur-nba said...

Sedapnya.. Cuaca di bulan Ramadhan tahun ni sangat mendugakan kak.. Memang menyelerakan..

Unknown said...

sedapnya tgk puding ni kak...bulan puasa ni puding memang selalu menjadi pilihan:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Kak Zana cayangg.. akak selamat berpuasa.. sorry lama tak singgah blogs akak dan kengkawan semua sha busy sekarang ni.. Akak boleh tak in box akak punya alamat kat Facebook sha sebab nak hantar kad raya terima kasih ya kak... selamat berpuasa...:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin