Saturday, July 21, 2012

PAVLOVA n HAPPY BIRTHDAY ABANG!!

Asalamualaikum dan Salam Ramdhan buat semua... 
Pavlova yang tertangguh kejadiannya... membakarnya semalam sementara menunggu abang pulang ke Batu Pahat dari Shah Alam .. oleh kerana agak lewat abang sampai.. lepas solat marhgrib terus seisi keluarga bergegas ke SR  untuk makan2.. pavlova saya simpan dibekas kedap udara.. dah malam rasa tak larat pulak nk makan2.. hari ini kami berbuka puasa di kampung dengan mak n abah juga oteh berdessert  'pavlova'.. adik2 yang jauh 'diperantauan'  tu jgn cemburu  pulak yer.... hihihi

 19 Julai hari lahir abang yang ke 18.. semoga abang sentiasa dalam keberkatan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki , dipermudahkan menerima pelajaran dan berjaya dalam pelajaran,berjaya dalam  kehidupan didunia n akhirat.. ameen..

 Resepi dari Dapur Tanpa Sempadan.. Terima kasih Cik Mat.. 

 PAVLOVA
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 putih telur (mat guna telur gred A)
1 cawan gula halus (mat cedok keluar 2 camca teh)
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, mat guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar seperti dalam gambar, hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

16 comments:

hazila said...

Salam kak zana. Teringin nak merasa pavlova ni. Happy birthday to abang...

Cendana Kasih said...

salam kak Zana...amboi...mewah dengan buah2...sukernyer...

indahhouse said...

Salam Ramadhan al mubarak, kak zana, ampun dan maaf dipinta atas salah dan silap.

Nur-nba said...

Salam. Kak Dzana, Sedapnya pavlova ni.. Hari Jumaat lepas pun Nur baru rasa.. Sedapkan..

Comelnya kucing tu.. Akak bela ke?
Happy Birthday untuk abang.. Semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yang soleh.. Amin.

Salam Ramadhan buat akak sekeluarga. :)

Qasey Honey said...

asslm Kak Zana...lamakan kita xbsua disini...
slmt hari lahir buat abg...
mewah pavlovanye tu..QH dh penah buat jugak...mmg sedap...

slm ramadhan n slmt mjalani ibadah puasa buat akak sekeluarga...

Amie said...

Happy belated birthday abang... moga menjadi anak yang soleh, berbakti pada agama, nusa dan bangsa.
Sedapnya pavlova yang kaya raya dengan buah-buah tu....

nOOrsha said...

selamat berpuasa k zana. cantik pavlova akak tu :)

Ummi said...

Assalamualaikum dan selamat berpuasa buat Zana dan family...waaah dah buat pavlova yeaa..akak x terbuat2 lgk taauu....belum ada kekuatan dan masa pun terhad....hehe... Cantik dah tu...wish happy belated birthday la kat cik abang Zana tu yea...

HALAMANKU said...

Salam Kak Dzana.. sedapnyer.. ngan buah fresh tu.. nyum3 memang sedapn menyelerakan.. to Abang: Selamat Ulang Tahun Kelahiran.. moga menjadi anak yang Soleh n menggembirakan hati kedua ibubapa.. n berjaya dunia & Akhirat.. Amin..

dZana said...

testing..

zila norazila said...

salam kak.
sedapnya tgk pavlova tue..hppy belated bthday utk abg yer..;)

Rohah said...

uisshhh sedapnye...pernah buat tp tersilap tepung, (ada gak pesen gini...hehe).so, compem tak jadi, tong sampah tolong jawab..ehehe

Unknown said...

salam ramadhan kak zana, bestnyer tgk pavlova tu kak...lama dah teringin nak buat tapi tak terbuat juga lagi. happy belated buat abg:)

Anonymous said...

hepi bday abang :)

Ayu said...

Salam ramadan buat cikgu & family ya..
wah birthday abang mama buatkan pavlova ya..kita juga tak terbuat2..
semuga abang berjaya dibidang apa yang diceburi didunia & akhirat insyaallah..

Mamasya said...

Slmt berpuasa k.Zana sekeluarga.Mengancam nengok pavlova itu....penuh buah2an...
Happy bday buat abg.moga berjaya dalam pelajaran dan jadi anak yg soleh dan taat ibu bapa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin