Thursday, August 30, 2012

MEE KARI NYONYA

Salam lebaran untuk semua.. bagi warga di negeri Johor masih meriah meraikan lebaran sehingga ke penghujung syawal.. program marhaban di taman memenuhi ruang malam, rumah terbuka,  n majlis perkahwinan memenuhi jadual hujung minggu pula..
Mencuri masa utk mengemaskini blog ini.. dengan menu kegemaran en hb.. kali ini saya mencuba resepi mee kari nyonya kak Jee,  saya copypaste dari dapur Azian Collections..saya sangat setuju dengan pandangan azie.. memang SEDAP!.. esok ada tetamu  nak beraya di rumah so boleh lah saya masak sekali lagi mee kari ni esok.. terima kasih kak Jee n Azian..


MEE KARI NYONYA
Sumber asal : Kjee
Rujukan : Azian Collections.
BAHAN-BAHAN:-
1 cawan rempah kari daging babas

½ cawan cili kisar
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
taupok (tahu goreng)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh

kacang panjang
Terung panjang
cara penyediaan:-
1.Tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan kemudian tumis hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

3.Bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka kepekatannya.
3. Bila dah menggelegak, masukkan santan pekat 1 cawan. 

4. Biarkan ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. 
rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.
5. Celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk.  begitu juga taupok , tahu goreng yg dipotong nipis  , kacang panjang dan terung yang telah di goreng sebentar dan disusun atas mi
6. Curah kan kuah dan letakkan daun pudina, hirisan limau , fucuk goreng serta sambal dan telor rebus jika suka...




10 comments:

Ctnaemah said...

wah..sedapnya mee kari...nak buat jugak laa.

tun_telani said...

Selamat Hari Raya kak :) thn ni 1s time tun berkesempatan join marhaban di rumah mertua. jakun pun ada gak. hihi... mee kari mmg all time favourite! suka sgt, tauhu kering tu kene lebih sket :)

Amie said...

Nampak kacang panjangnya tu, rasa tertingin nak turut merasai keenakannya! Salam aidil fitri buat Dzana sekeluarga.

Rohah said...

mmg nampak sedapla kak..

Marsita yahya said...

Selamat Hari Raya,
nampak sedap mee kari ni...

dZana said...

TESTING

Mas said...

lama mas tak buat mee kari..
jadi teringin lak nengoknya...he3
sedapp tu...

inahar ali said...

sedapnye mee kari tu cikgu! salam lebaran & maaf zahir batin wat cikgu dzana sekeluarga ye!

Qasey Honey said...

mee kariiii!!! sedapnya tgk mee kari ni...lum penah buat sdri...biase mintak mak masakkan @ beli saje...nk cuba jugak la nti...fav QH sgt2 ni..

Marsita yahya said...

Emmm refreshing nyer tengok air ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin