Thursday, January 20, 2011
TALAM SERIMUKA
Tuesday, January 18, 2011
SAMBAL TELUR 'CEPLOK'
AIS KRIM GORENG LAGI !!!
Monday, January 17, 2011
TALAM CENDOL
- 200gm tepung beras*
- 250ml santan pekat*
- 450ml air*
- 1 tbsp tepung jagung*
- 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
- 1 tsp garam
200gm cendol @ 1 paket kecil
Cara-caranya:-
- Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
- Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
- Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
- Kukus selama 25 minit
- Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Bahan A
- 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
- 50gm gula castor
- 500ml air
- 150gm tepung gandum
- 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
- 250ml santan pekat
- 1/2 tsp garam
- Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
- Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
- Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
- Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
- Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Sunday, January 16, 2011
CREAM CHEESE BUTTERCAKE
200 gm mentega
200 gm cream cheese (..guna Philladelphia cheese)
250 gm gula kastor
5 biji telor
250 gm tepung gandum (..guna tpg naik sendiri..)
1 sudu teh baking powder(..tak letak..)
sedikit jam (ikut pilihan) untuk hiasan (*guna Rasberry jam)
Cara Membuat:-
1. Ayak tepung bersama baking powder. (ayak 3 x)
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Ratakan.
6. Tabur/sapu perlahan jem di atas adunan tadi. (Sebahagian jem akan mendap masuk dalam kek ketika dibakar.)
7. Bakar dengan suhu 180 C hingga masak. (bakar pada suhu 165C selama 45 minit). Bila masak, buka pintu oven dan biarkan kek selama 5 minit di dalam oven baru dikeluarkan dan sejukkan di atas redai.
ROTI GULUNG SOSEJ
Bahan-bahan ( 4 orang )
• 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
• 8 sosej ayam @ daging
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• secubit garam
• sedikit serbuk lada sulah
• breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
• minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Gelek roti hingga nipis/leper
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan( saya letak 1/2 kpg slice cheese..)
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas.
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
5. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
7. Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis
Saturday, January 15, 2011
TIRAMISU
Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
- 1 biji sponge kek atau apa2 kek - guna biskut mery
- 250ml whipping cream
- 200ml cream cheese
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- serbuk koko untuk hiasan
- Cara-cara
- Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
- Satukan gula, cream cheese dan whipping cream
- Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
- Potong kek pada 3 bahagian
- Susun 1 bahagian dalam bekas
- Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
- Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
- Susun lagi bahagian yang selebihnya
- Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
- Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
Friday, January 14, 2011
Tauhu Berinti(Stuffed Tofu)
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 4 keping tauhu jenis kuning
- 1/2 biji bawang besar - didadu halus
- 6 - 8 ekor udang sederhana besar - kerat kecil2
- 1 biji cili merah - cincang halus
- sedikit daun bawang - hiris halus
- garam secukup rasa
- sedikit lada sulah
- 2 biji telor - dipukul sikit
- minyak untuk goreng terendam
- Panaskan minyak dan goreng tauhu separuh masak atau sedikit kekuningan. Angkat dan toskan, biar sejuk sikit.
- Kerat tauhu kepada 2 bahagian dan keluarkan isi dalamnya dengan sudu.
- Lecek2 halus isi tauhu tadi dan campurkan dengan kesemua bahan lain kecuali minyak dan telor.
- Setelah sebati, sumbatkan ke dalam tauhu tadi, buat hingga siap.
- Celup tauhu ke dalam telor dan gorengkan hingga kekuningan kesemua bahagian tauhu.
- Angkat dan toskan. Hidang dengan sos pilihan
Thursday, January 13, 2011
Bubur Putih Bubur Merah
Tuesday, January 11, 2011
TELUR BUNGKUS
- 2 biji telur
- 2-3 sdu bsar isi ayam yg diptong kecik-kecik
- 2-3 sdu bsar mix veg
- 1/2 labu bawang besar-hiris nipis2@dadu kecik2
- 1 ulas bawang putih-cincang halus
- 2 sdu bsar tomato paste/saya letak sos tomato jer
- sos cili/sos tiram-agak2 lah ye(dlm 1 sdu utk 1 jnis sos)
- garam,gula,air(pak aji,jika suke)/ saya letak sos ikan..
Cara-cara
- utk inti-panaskan 2 sdu bsar mnyk,msukkan bwang ptih dan bawang besar,masak biar layu je,pastu msukkan isi ayam,kacau biar isi ayam tu masak sekata,masukkan plak mix veg,biar skejap dlm 1 minit,kmudian msukkan smua jenis sos td,perasakan ikut selera,kacau biar sebati,klu terlalu kering msukkan air(skit je dlm 3-4 sdu bsar,sbb sosnya kena pekat,klu cair nti meleleh kluar dr telur)siap dan ketepikan dulu.
- utk buat telur dadar - pukul telur dgn skit garam
- panaskan kuali yg telah disapu dgn skit myk(skit je tau,gna brus je)tuang telur td dan lenggangkan kuali tu(btul ke bhasa ni,leh pham ke)biar telur tu menjdi bulatan yg bsar dan nipis(jgn nipis sngat plak) buat telur dadar-ana guna kuali non-stik pan yg bsrnya dlm 10-12 inci,lbih krang saiz pnggan mkn tu(klu xde gna je lah kuali biasa tu,tp kena pndai pusing telur tu biar jd nipis dan buat jd bulatan besar.masak dgn api kecik je(x perlu diterbalikkan telur tu(maksudnya cma msk 1 bhgian bwah je)
- masak dlm 2-3 minit je,bila telur tu dah masak padamkan api dan angkat tlur tu letak dlm pnggan yg bsar
- amik inti td,tuang ditengah2 telur,ratakan dgn sudu biar jg 4 sgi(buat kat tngh2 je,inti ni jgn bnyk sngat,nti susuh nk lipat,tinggalkan dlm 2-3inci kelilingnya utk lipat)
- bila dah siap ratakan inti tu,amik bhgian hjung telur yg tinggal tu,lipat letak atas inti(biar npak inti tu,takpe..)
- lipat smpai telur tu jd bntuk 4 sgi,dgn isi didlmnya terdedah(takpe..jgn risau)
- pastu amik 1 lg pinggan,telengkupkan/letak atas pnggan yg ada tlur td tu dan pegang kedua-dua pnggan tu dan terbalikan (pinggan yg ada tlur kat atas,pinggan yg 1 lg tu kat bawah
- nti inti yg x tertutup td akan berada dibhgian bwah pnggan dan yg bhgian cntik tu akan berada diatas
PUDING ROTI SOS VANILLA
* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)
* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional)
* Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula
Cara-cara
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama setengah jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang
Saturday, January 8, 2011
Oreo Cheese Cup Cake
sumber : Resepi Citarasawan
Bahan-bahan
250gm cream cheese
30gm mentega
100gm gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 paket oreo saiz besar - CB buang bahagian krim
cupliner secukupnya
1 sudu makan tepung gandum (CB tambah)
Cara-cara
Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 180 darjah. Susun cupliner dekat loyang cupcake.
(utk ingatan saya... suhu 160C utk oven sy).. bakar kali pertama dgn suhu 180C)cheese cake ni menjadi agak kering n kekuningan )..
1. Pukul Cream cheese, mentega, dan gula castor sehingga kembang dan berkrim. Masukkan essen vanila. sambil pukul.
2. Masukkan telur satu persatu.Sambil terus pukul sehingga adunan lincin dan tidak berketul.
3. Ambil sekeping biskut oreo..letak di bahagian bawah cupliner, kemudian patahkan beberapa keping oreo dan semat di setiap penjuru, Cb letak di 4 bahagian.
4. Paipkan adunan cheese menggunakan piping beg..kemudian.,tepek lagi sekali oreo di bahagian atas.
5. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah (saya turunkn ke 160 C)menggunakan api atas dan bawah. Kemudian, renggangkan pintu oven lebih kurang 1 jam(biar kek dlm oven jap). kemudian masukkan dalam peti ais. sejukkan selama 1 jam dan sedia dimakan
Wednesday, January 5, 2011
Kuih Bakar Pandan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
boleh tambahkan esen vanila jika suka...
SUPIRMOM
Sunday, January 2, 2011
Kek Span Pandan
Salam... jom buat kek yang sedap n mudah ini..TQ MYR n tuan punya resepi sweet4ever...
Kek Span Pandan
Sumber :MYRESEPI
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
· tepong super fine - 150 gram
· gula kastor - 150 gram
· telor - 5 biji telor A
· ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
· air daun pandan - 80ML
· minyak / mentega cair -80ML
· pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
· serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
· sedikit pewarna hijau [x]
Cara-cara
1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Selamat Tahun Baru 2011
Ucapan Selamat Tahun Baru untuk semua rakan blogger...dah lewat 3 hari pun kan.. untuk Nur Cetusan Rasa.. bebanyak terima kasih utk kad cyber ni n ingatan.. semga persahabatan yang terjalin bertambah erat.. begitu juga untuk kawan-kawan blogger yang lain.