KUIH KASWI
(Sumber :Yatie Sinar Kehidupan)
Bahan-bahan :
- 1 cawan gula pasir*
- 1 cawan gula merah*
- 1 1/2 cwn air*
- 3 helai daun pandan*(*di masak..)
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn tepung ubi
- 1/2 cwn tepung beras
- sedikit garam
- 3 sudu besar air kapur
- 3 cwn air
- Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
- Kelapa parut + garam
- Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
- Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
- Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
- Masukkan air kapur dan kacau sebati.
- Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
- Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
- Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
- Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
- Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
- =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
- Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
- Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
- Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
- Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama
4 comments:
nengok tuuuuuuu... kaswi jugak kat sini... huh!... 1/2 adunan tu kalo x abis pas2 la kat tmn cemerlang... huhu
adehhh bila tengok hari ni kuih kaswi ni teringin lagi nak makan...saya mmg suke kuih kaswiiii..hehhee
umah Izah. umah K.Rose...kak Zana.. akakpun ader Kaswi? hu hu hu nak join...
Salam kak,
Comel2 kuih kaswi akak..kuih ni simple tapi sedap...
Post a Comment