Saturday, November 20, 2010

KEK PUDING KARAMEL

Dah lama nak buat kek ni.. geng2 kaki masak dah pun bertukar angin ke menu lain.. pagi ni nmpk kek ni di dapur kzai Teratak Impian.. terus rasa teruja utk mencuba.. kali ni resepi copy paste dari dapur dik ika Arah... Ika kata dia CP dari hana @ina jepun tu..n ada juga di dapur Izah Muffin Lover.. yg lain2 jgn kecil hati klau tak tersenarai... kepada semua rakan blogger terima kasih kerana selalu mjadi sumber inspirasi ...

KEK PUDING KARAMEL
(Sumber Asal : My Resepi)
Bahan-bahan
  • Karamel
  • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar>>kita guna susu cair :D
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2./saya guna pandan paste + pwarna hijau ...
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


6 comments:

Anawahid said...

sedih tgk kek ni............ huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... merajukkkk!!!!!

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Windu n Salam Aidiladha buat Zana sekeluarga :) Mama terharu sbb zana masih sudi keblog mama yg dh blh dikatakan tak brapa aktif lagi :( mama jgk terharu bila zana bersusah payah menyediakan juadah sewaktu mama n family nk kerumah zana pada hari raya yg lps... Walaupun persahabatan kita ni terjalin di alam maya mama harap ia akan berkekal selama nye & suatu hari pasti allah akan mempertemukan kita jua insyallah amin!!

FarizaKhairil said...

waah...nampak sedap je...

kena cuba ni...

terima kasih ya...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

memang sedap sangat kek ni... sukaaaaaaaaa!!!

Nora Shahaira said...

saya dah try tadi..nak nangis rasanya..
1 - bau hanyir telur
2 - tak gebu pun kek nya
3 - kalau tak pakai mixer bleh tak..
jenguk saya nanti ek..

Yatie said...

Salam Kzana,
Kek ni mmng cantik dan sedap...ada kaler ijau tu yg yatie suka...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin