Monday, November 8, 2010

Pau Gebu

Cuti yang panjang.. banyak plan yg tak menjadi especially hajat yg nak mem'baking' tu... rabu dah mula cuti , pergi ke sekolah hingga jam 12.00.. khamis ke pasar tani.. rasanya utk kali pertama tahun 2010.. jumaat ke Kulai menziarah ibu saudara yang meninggal dunia.. Alfatihah.. malam balik ke Pt Sulung untuk majlis kenduri di rumah keluarga en hb... Sabtu ..ngehngehngeh.. soping2 n ronda2 ke melaka... walaupun keadaan kesihatan tak brapa baik... utk kali ke berapa entah kene terjahan si besolddddd lagi.. mmg menduga betul.. sib baik ada terapi soping2 tuh.. masa soping2 tu tak rasa sakitpun .. tapi bila smpi rmh mula lah rasa sakit.. wakakaka... padan muka... dah lah .. jom makan pau.. yg ada tanda merah2 tu bukan bisol yer.. itu utk org yg tak suka inti kelapa.. pau berinti daging ... yg licin putih bersih tu inti kelapa... tuan tanah punya.. resepi CP dari dapur Arah - dik Ika bangkok tu .. dari Kak Ton MYR.. terima kasih semua .

PAU GEBU

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener>>yg tak masukkan tp hasil ttp gebus ;-)
  • 1/2 cawan air suam>>yg ni kita lebihkan sbb tak surelah air baper byk takut kita silap, nak tgk resepi asal tak leh sbb MyR tak leh bukak, kita tmbh dlm 1/3 lagi air suam.

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...


2 comments:

izahdaut said...

kak zana..ada lagi ke pau nya..gebu tul..kalau guna tepung gandum sma gebu tak?hehe

Ina said...

resepi pau dh byk ada dlm list tp bila nk buat pun x tau la. bilo agaknya den ni nk rajin yerk :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin