Jom me'vadai'............ resepi dari dapur Naz Rinn Chan.. minta izin CP rspi di sini.. TQ Kak Rin..
VADAI
SUMBER : NAZ RINN CHAN
Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
KAEDAH PENYEDIAAN:
1. Rendam kacang dal selama lbhkrg 4 jam.. sy rendam 1 mlm
2. Toskan air dan kisar kacang hingga halus, tak mengapa jika terdapat sedikit kacang yg tidak hancur
3. Satukan semua bahan di dalam bekas n gaul rata
4. Leperkan di atas tapak tangan yg di alas plastik yg disapu dgn sedikit minyak utk mengelakkan melekat.
5. Goreng di atas api yg sederhana.
3 comments:
dapnya.. mintaklah seketol, cili ijau sebatang ya... hik2
kak Zana... sukernyer.. wat leper2 pastu goreng garing2 beskan.. nak 3 ketui k...
salam kak zana,
apa khabar kak? hu... teringat kacang dal yg dibeli aritu, mmg nak buat vadai, tapi tak buat sampai dimakan bubuk. sayang sungguh. Nanti nak beli lagi, dan terus buat. Sedap sungguh nampak yang kak zana buat.
Post a Comment