Tuesday, December 2, 2008

Kek Kukus Raisins

Mencuba rspi kak fida di MYR.. rspi asal menggunakan hawflakes..tak smpt nak mencari asam duit tu so belasah jer apa yg ada dlm esbox.. mudah mnyediakannya n rasa nya mmg sedap 10/10.. tekak aku ler..raya haji nnti nak buat lagik.. baru belajo nak melapis so tebal gedabak ler jadiknyer.. pas ni kene berguru lagi dgn kak fida.. TQ kak fida for this rspi.. cambiasa rspi copypaste jer rspi asal..ampunn kak fida.. n ada sedikit ubahsuai..

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus ( 200 gm.)
220 g tepung gandum* ( guna tepung naik sendiri)
1 sk rata baking powder* (tak letak)
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak ( butter 125 gm dicairkan)
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka (hijau)
secukup hawflakes (guna raisins)

Cara-cara
1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3.Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4.Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.

5.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
6.Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.


4 comments:

Tirana said...

Kak Zana, cantiknya kek kukus ni.. Nanti nak cuba..nampak macam sedap.

Azie said...

mmg nmpk gebus yaaa kak zana..mcm apam ya...nk try gak ler :)

Rafizah Nordin said...

amboi balik2 bjalan terus melapis???rajin sungguh.kak zana sabtu ni kite nak turun pahang.g tasik cini,umah abg ipo.akak pahang kan?kat mane?

dZana said...

Tirana..
boleh try tu Tirana..tekak akak rasa mmg sedapp.. esp. guna butter ye dik..

Azie..sedapp n lemak.. esp guna butter n susu cair/sejat.. jgn guna frsh milk..tak brp lemak...

Rafizah..
TQ sudi singgah blog akak.. akak Batu Pahat mari U.. tak pe lain kali klau gi Johor..singah BP n rmh akak ya...selamat jalan ke pahg..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin