Sunday, December 14, 2008

Egg Tart

Buat petang smlm.. dah lma dok dlm list.. ari ni kuar list.. pas tu tmbh mende lain dlm list.. hehehe.. list tu dah ala2 buku35 lak... rspi zlinda mz di MYR.. rspi angkut jerk ni.. TQ linda..

Bahan-bahan ( buat acuan tart sedang dpt 15)
bahan utk crust :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
2 biji telur

Bahan utk filling :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence
Cara-cara
Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
Masukkan butter. Sebatikan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
Cara utk buat filling dia pulak :
Pukul gula dan telur. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
Bakar dlm oven. (150C - 45 min)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin