Friday, December 5, 2008

Blueberry Cheese Cake

first time buat bluebery cis kek ni.. cis kek banjir.. sepatutnye kena tapis buah bluebery tu..tak ler jadi melimpah2 cam tu.. tak sabo punye pasal..abis 1 tin blubery ku turap atas kek ni.. bila snap pic.. gelap lak.. cam blackout..hehehe...tak apelah kali pertama menurap.. aimman kata oreo cis kek lagi sedap.. ikut tekak mmsing ler.. tekak tukg buat sedap jerk.. resepi dr resepi.net oleh chef hanieliza.. TQ kak liza.. berkongsi rspi..ni rspi angkut dari situ..

Sumber : Hanieliza

Bahan A -Base Biskut
120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter

Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.

Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.
5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

2 comments:

hana said...

fuiiiiii...meleleh ayaq liuq tengok ciskek nih! mengancam abih! :D

Rafizah Nordin said...

kak zana!!!!trgoda iman tgk cis kek ni.tau tak...sy dah nak bgn g mandikan mierza tp jari sambil tu jari skrol mouse ke bawah.nampak cis kek ni terus duduk balik...kahhhhhh
mmg la hantu cis haku ni kak oiiii

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin