Saturday, December 27, 2008

Kek Gula Hangus

Biasa mak yg rajin buat kek ni..tgok mak buat tak pernah simpan 3-4 jam tapi tetap menjadi.. bezanye mak selalu gunakan serbuk'potas' yg ada d jual di kedai runcit kat kg.. nnti blik kg nak siasat apa benda serbuk potas tuh..rspi dr MYR oleh Widad.. TQ Widad..

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega


Cara-cara
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
7 Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
8. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

6 comments:

Tirana said...

Wahhhh..cantiknya rupa kek gula hangus ni..Nanti kena cuba buat...jap nak salin resepi.

are said...

lamanyer x mkn kek ni...
xpernh lg buat kek ni b'sarang elok mcm k.zana nyer!!!!

Rafizah Nordin said...

sy mmg x pernah buat kek gula hangus ni tp kakak sy tiap kali ujung ramadhan buat banyak2 & jual kat pasar tani shah alam.tp skrg xdelah sbb kakak sy tu dah pindah kampung suami dia kat bg datok, perak. dia pun mmg ada bg sy resipi & ajar petua2 nak wat kek ni tp sbb x brape minat makan,jadi x delah hajat nak membuatnya...
a'way k zananya kek gula hangus ni mmg lawa...sarangnya menjadi sungguh!

dZana said...

tirana.. silakan tirana.. mudah jer tu yg susah nak tunggu 3-4 jam..lama bebeno nak mkn kek ni..

are.. berkat tunggu 3-4jam tu..hehehe..klau belubang2 tu kira jadi ler..

fiza.. org tua2 yg suka mkn kek ni.. akak pun dulu tak suka..la ni mcm dah nak suka lak..dah nak gtua kot..hehehe...

jus call me ida.. said...

salam kakzana.. bestnye resepi akak bagi ni

Ummi said...

Zana...uiiihhh cantik bersarang betul kek ni..Kalu ada lebah sesat, sure dia masuk terus igtkan rumah dia hehe..Memang cantik..Akak penah buat dulu, tp x sure resepi sape..nnt leh msuk list yang ni lak!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin