Friday, July 24, 2009

Daging Merah Ala Thai

Lauk untuk berbuka puasa hari ini.. tak tau lah walaupun penat semangat nak mmsk tu berkobar2 tak tentu hala.. so mncuba resepi jeezy di MYR.. Tq jeezy n MYR berkongsi rspi.. n minta izin copy rspi ni...

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)


Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris


5 comments:

blogresipi said...

Sedapnye kak Zana... selalu daging neh pakej dgn nasi goreng USA.heheh

geraugebang said...
This comment has been removed by the author.
geraugebang said...
This comment has been removed by the author.
geraugebang said...

Assalammualaikum. Bertemu kita di sini. Terima kasih singgah kat blog gerau. Daging merah memang menyelerakan. Boleh buat senarai resepi untuk puasa nanti. OOO, lama tu.Yang atas tu, kita yang delete. 2 kali lagi salah ejaan. Sori sebab menyemakkan blog. tapi kita geng Johorkan, tak boleh marah kan. he he he

hana said...

cedapnyer daging nihhhh!! nak try laaa!! tQ k.na! mmuahhh!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin