Monday, July 20, 2009

Apple Bun

Jom mangan roti GENDONNNN...

dah lama tak meroti nih.. bukan malas tapi merajuk tau.. sian selalu mrajuk tak pernah pun kene pujukk.. sendiri mau ingatlahhhh.. kat rmh nih klau buat roti 'biasa2' mmg tak da org nak layannn.. maka terkulat2 sipembuat nak mghabiskan.. mmg teruja nak menerai pelbagai roti yg telah di show off kan oleh kaki2 msk sekelian.. so terbekenan rspi ros onigiri aka tokey roti fames tuh.. kali nih mmg ilmu telah mjadi n licinnnn licauuu dikerjakannyer... rspi CP dr dapur ros yer.. TQ ros .. akak mmg selalu mngendap dapur ros.. tpi lum pandai nak tinggal jejak.. siannn.. kene blajo lagi nih..

SOFT BUTTER BUNS CHANNEL
Sumber: Chanel2004
Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine
50 gram gula kaster 1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air

Untuk Glazing
1 biji telur, dipukul sedikit
Mentega cair, untuk sapu atas roti

Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
6) Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.







roti berinti epal.. ( plan nak buat pai epal mcm di dpur kzai tuh.. so jadi inti roti pulakkk)...

3 comments:

blogresipi said...

akak letak epal tu campur kari ker? cam kaler kari pulak inti nye tue..

dZana said...

kihkihkih.. itu kes brown sugar terlebih terjunlah ijan.. hehehe

Watierman said...

Salam Dzana....akak nak jugak...terlebih terjun ker apa ker...nak jugak bun yg cun tu...ada lagi tak ni!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin