Tuesday, April 7, 2009

Cream Cheese Buttercake Tart

Betul ke nama tart nih...hehehe.. hana kata sedappp.. tapi mmg sedap pun.. plan asal nak buat bluebery cheese tart sempena nak menerima kunjungan tetamu yang sedang bercuti tuh..
Rspi pastry tart menggunakan rspi asal bluebry cheese tart (resepi.net: Alex Goh) n filling menggunakan rspi Cream Cheese Buttercake (1/2 adunan)... kek yang telah diuji keenakkan nyer oleh tuan rumah n kak ummi.. rspi asal dari Koleksi Resepi Diana..

Pastry Manis

Bahan2nya:
200 gm mentega
100 gm gula aising
1/4 st esen vanila
1 biji telur
420 gm tepung
1 sb susu tepung


** Jem pilihan secukupnye.. sy guna jem nenas.. bluebery abis stok..

Cara-cara membuat pastry
1. Putar mentega & gula hingga gebu
2. Masukkan telur & esen putar hingga gebu3. Masukkan tepung & susu dan gaul sebati
3. Tekan pastri dlm acuan . Tusukkan garfu dikulit pastri dan letakan sedikit jem kegemaran.

Cream Cheese Buttercake

Bahan:-
100 gm mentega
100 gm cream cheese (..guna Philladelphia cheese)
125 gm gula kastor
3 biji telor (kecil)
125 gm tepung gandum (..guna tpg naik sendiri..)
1 sudu teh baking powder(..tak letak..)
sedikit jam (ikut pilihan)

Cara Membuat:-
1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.5.
5. Sudukan adunan kek (paras rata menutupi jem) ke dalam acuan pastry tadi.
6. Bakar dengan suhu 180 C selama 20 minit @ hingga masak.

Tart inovasi sendiri...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin