Sunday, April 26, 2009

Kuih Kaswi



Resepi Mat Gebu di MYR... mmg best kuih kaswi ni.. TQ cik mat..ampun yer.. rspi copypaste di SINI!!

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )

BAHAN A :-)
350 g gula melaka
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water) .. tak letak..
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat ..( gani nescafe..)


BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam


Cara-cara
1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
4. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering.

5. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
6. Jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel.

1 comment:

Lena Khalid said...

Yummy !!


Lena Khalid.
Belajar register akaun PayPal dalam Bahasa Malaysia ! Click di SINI.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin