Saturday, April 25, 2009

Kek Buah Kukus Bersos Karamel

Memasak n berblog ni mcm teraphy.. suka2 n utk relis tension yer..disamping dapat bertukar pengetahuan n pandangan, menambah kwn n mengeratkan persahabatan.. hari2 mmg berkejar dengan masa.. so kena bijak mengatur n mencuri masa..
Ini laporan... projek 2/3 hr lepas.. tak sempat nak N3..hari ni dapur belum berasap... kebetulan hari ini ada LDP di sekolah.. hampir jam 1.30 ptg bru sampai rmh.. begitulah kehidupan menjadi pendidik.. teringat pesanan PK semasa taklimat tadi.. orang yang sabar sahaja boleh mnjadi guru.. guru tidak boleh keluh kesah..walaupun kerja lebih 6 hr seminggu..kdg2 7 hr... pagi, petang n mlm.. kerana itu semuanya amanah.. amanah yang ganjarannya pahala.. n gaji.. hari ni yang pasti 25 hb.. besttt.. kwn2 semua dah sibuk pergi square One.. smlm opening parkson.. hati rasa nak ambik bahagian jugak.. dahlah..
Mengintai resepi dari dapur CT.. yummy..yummy.. yang tak suka manis boleh gak mkn cam tuh jer.. rspi CP dr dapur CT..TQ CT berkongsi resepi..
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan buah campuran
2 sudu kecil parutan kulit oren
125 gm mentega atau marjerin
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1/4 cawan jus oren
Bahan sos:
10 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air panas
sedikit butter

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, buah campuran dan parutan kulit oren, gaul rata dan ketepikan.
2. Pukul mentega dengan gula sehingga ringan dan kembang. Campurkan telur, sebiji demi sebiji, pukul sebati.
3. Kaup balikkan campuran tepung berselang-seli dengan susu cair dan jus oren.
4. Masukkan kedalam cawan atau mangkuk acuan yg telah disapukan gris. Kukus selama 15-20 minit.5. Hidangkan puding bersama sos karamel.
6. Untuk menyediakan sos, larutkan gula pasir kedalam air panas yg dicampur sedikit butter dan masak diatas api yg perlahan, kacau selalu sehingga sos sedikit pekat.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin