huhuuuuu... siann.. sakit gigi....
Sunday, February 7, 2010
5 - 6 Februari.. PRA U CAMPING 2010..
Saturday, January 30, 2010
Rare Cheese Cake di BG..
Ampun untuk tuan asal usul resepi ni.. saya telah permudahkan untuk kwn2 yg baru nak mencuba ..resepi asal ada di dapur kak zai, pas tuh hana dan Hasue.... kek ni mmg sedapp.. n tq semuaaa...
125 gm mentega dicairkan
Bahan-bahan ( 18cm )
Bahan-bahan A:
250 gm biskut marie125 gm mentega dicairkan
Bahan B
Cara-cara
1. Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
2. Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
3. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi bentuk cream.
4. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.
250g cream cheese
30 g gula halus
40 ml lemon jus
200 g vanilla aiskrim
Bahan C
15 g gelatin halal/halalgel 20gm/bgks
100 ml air panas
Bahan D
*2 biji epal merah /hijau
*50g gula
*3 sudu besar lemon jus
*2 biji epal merah /hijau
*50g gula
*3 sudu besar lemon jus
Cara-cara
1. Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
2. Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
3. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi bentuk cream.
4. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.
5. Campurkan gelatin dengan air panas , kacau hingga larut dan masukan ke dlm adunan cheese n kacau sebati.
6. masukkan epal, kacau rata n tuangkan adunan ke dalam aduan biskut. Simpan dalam peti sejuk.
Thursday, January 28, 2010
Saturday, January 23, 2010
Rainbow Marble Pudding
Bahan:-

- 1 paket agar2 serbuk (13 gm)
- 675 ml air
- 225 gm gula pasir
- 65 gm butter
- 4 biji telor saiz sederhana
- 1/2 tin susu cair Carnation
- 1 sudu makan tepung kastad
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanila
- beberapa titis pewarna merah dan kuning
Cara Memasak:-
- Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
- Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
- Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
- Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
- Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
- Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
- Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
- Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..
Sunday, January 17, 2010
Bubur Putih Bubur Merah
(Pulut masak sampai kembang.. cam msk bubur nasi + 2 helai daun pandan + sedikit garam.. bila dah kembang masukkan santan secukupnya.. hihihi..tak da sukatan.. bila dah mendidih ..keluarkan semangkuk untuk bahagian putih... yang selebihnya bubuh gula merah+ gula pasir secukup rasa.. msk sehingga gula hancur.. siappp)
Sambal Lonteh
Bahan-bahan ( 5 orang )
3 biji cili merah
10 biji cili api hijau + merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
1 camb ikan bilis
sedikit gula
sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara
sediakan bahan2 untuk digoreng sebentargoreng dahulu ikan bilis dan bawang merah/putih sehingga garing. toskangoreng pula cili merah, cili api sehingga layu sahaja, jangan lupa tutup kuali takut cili api meletup. ketepikantumbuk semua bahan tadi sehingga agak lumat dan curah limau kasturi tadi.
Saturday, January 16, 2010
Sup Daging Merah
Resepi dari dapur Ros Jintan Manis.... memang sedapp... TQ ros kerana berkongsi resepi.. akk minta izin CP resepi ...
Bahan-bahanya
350gram daging boneless ( ... guna daging ade tulang ...)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery
Cara-caranya
1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.
2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.
3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.
Arrow Head
Wednesday, January 13, 2010
Rare Cheese Cake
Bahan-bahan ( 18cm )
100g biskut > sue guna 50g biskut oreo + 5og biskut marie
45g mentega- dicairkan
250g cream cheese
200g vanilla aiskrim .. guna yam n coconut ice cream
40ml lemon jus
30g gula halus
40ml susu segar
10g gelatin + 3 sudu besar air
*2 biji epal merah .. ganti epal hijau..
*50g gula
*3 sudu besar lemon jus
Cara-cara
1. Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
2. Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
3. Campurkan gelatin dengan 3 sudu besar air. Panaskan susu dan gula. Kemudian masukkan gelatin tadi. Panaskan sehingga gelatin cair. Tutup api. Kacau-kacau biar haba panas keluar.
4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan no.3 tadi. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.
6. Lepas tu masukkan pula epal yg telah disejukkan tadi. Kacau biar rata.
7. Akhir sekali curahkan adunan ke dalam springform pan tadi. Sejukkanlah dalam peti sejuk.
Bila kek dah keras tu bolehlah dihias ikut citarasa sendiri.
Sunday, January 10, 2010
Paprika Chili Steak
Ingredients
1 medium onion, chopped
1/2 cup ketchup
1/4 cup cider vinegar
1 tablespoon paprika
1 tablespoon canola oil
2 teaspoons chili powder
1 teaspoon salt
1/8 teaspoon pepper
1 1/2 pounds beef flank steak
Directions
1. In a large resealable plastic bag, combine the first eight ingredients; add steak. Seal bag and turn to coat; refrigerate for 3 hours or overnight, turning occasionally.
2. Coat grill rack with nonstick cooking spray before starting the grill. Drain and discard marinade. Grill steak, covered, over medium-hot heat for 6-8 minutes on each side or until meat reaches desired doneness (for medium-rare, a meat thermometer should read 145 degrees F; medium, 160 degrees F, well-done, 170 degrees F. .. grill atas pan jer...
1 medium onion, chopped
1/2 cup ketchup
1/4 cup cider vinegar
1 tablespoon paprika
1 tablespoon canola oil
2 teaspoons chili powder
1 teaspoon salt
1/8 teaspoon pepper
1 1/2 pounds beef flank steak
Directions
1. In a large resealable plastic bag, combine the first eight ingredients; add steak. Seal bag and turn to coat; refrigerate for 3 hours or overnight, turning occasionally.
2. Coat grill rack with nonstick cooking spray before starting the grill. Drain and discard marinade. Grill steak, covered, over medium-hot heat for 6-8 minutes on each side or until meat reaches desired doneness (for medium-rare, a meat thermometer should read 145 degrees F; medium, 160 degrees F, well-done, 170 degrees F. .. grill atas pan jer...
Friday, January 8, 2010
Coconut Blossom
Sekejap saja dah pun seminggu bersekolah.. bukan saja guru2 yg sibuk.. rasanya semua ibu bapa pun sama2 sibuk.. sibuk nak men'tune'kan semula perkara2 yg dah lama bcuti...
dah seminggu juga dapurku tak berasapp.. bukan malas.. hihihi.. tapi tak sempat.. helah beladiri nih.. Sabtu lepas sempat mencuba resepi coconut blossom dari dapur mama hawa.. walaupun tak berapa nak blossom .. pasaran tetap laris.. tak puas hati lagi.. lain kali nk cuba lagi.. TQ untuk Asmah Laili n mama hawa .. berkongsi resepi.. resepi CP dr dapur mama...
Bahan "A"
3 biji telur ayam sejuk
270g gula halus
300g tepung Hong Kong atau Top Flour - sy gunakan tpg hongkong..
150ml coconut cream - santan kotak
30g air daun pandan
2 1/2 sudu teh baling powder
1 sdm ovalette
Sedikit pewarna hijau
Beberapa mangkuk kertas & acuan kuih lompang atau acuan tin yg kecil2
Bahan "B" inti
240g kelapa parut putih
120g gula melaka
30g gula pasir
60ml air
1 sdm tepung jagung
2 helai daun pandan
Cara "A"
1. Semua bahan dijadikan satu, kecuali warna hijau. Pukul sehingga pekat. Barulah dimasukkan warna hijau & kacau sehingga rata.
2. Masukkan satu sudu makan adunan kedlm mangkuk kertas & letakkan sedikit inti ditengahnya. Timpakan diatasnya satu lagi sudu makan adunan, kemudian masukkan dedlm acuan kuih lompang.
3. Kukus selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari kukusan & sejukkan.
Cara "B" Untuk Inti
Masukkan gula Melaka, gula pasir, tepung jagung, daun pandan & air kedalam periuk. Masak sehingga mendidih. Masukkan pula kelapa parut & kacau sehingga rata. Masak dengan api yang sederhana sehingga kering.
Monday, January 4, 2010
E-ein ku sayang...
Semalam budak tecik ni datang umahhhh....masih terbayang aksi e-ein yang mmg tengah aktif meneroka mane2 ruang yang dia suka.. teringat e-ein buat spot chek kat bawah karpet n tikar auntie... huuu.. lucu sekali ..pas ni klau eein nak dtg rumah ... auntie kene clear everything kt bawah karpet.. hari ni baca N3 e-ein jatuh dari baby cot pulak.. sedih bila bayangkan e-ein menangis kuat tuh.. nnti autie rotan mama eh.. semalam autie tak dpt ambil pic e-ein..kebetulan bateri kamera abis pulak.. kepada Catlina n Cgfly.. terima kasih tak terhingga kerana sudi datang rumah.. lain kali bila2 ada kelapangan datang lah lagi yer...
Friday, January 1, 2010
Daging Grill Lada Hitam & Air Asam
Bahan2 nya
Cili ikut pedas.. lagi pedas lagi best..
air asam jawa,
sos ikan,
gula,
sedikit belacan,
bwg putih,
sos tomato dgn sos cili sikit.. semua bahan2 di atas di 'blend'
Rasa agak2lah ya nak manis masam2 pedas.. last sekali hiriskan bwg merah besor tuu dgn daun ketumbar..siap!....
ayat2 ni copy dari dapur Ika.. TQ ika..
Terung Goreng Kicap
Sedapppp... pedasssss .... berapiiiii... resepi dari dapur Hana ... orang jawa mmg suka masak kicapp.. betul ke.. sardin kicap.. sambal kicappp...
TERUNG GORENG KICAP
Bahan-bahan
3-4 batang terung yg pendek2 tuh! - belah 2@serong
*10-15 biji cili padi
*1 btg cili merah - klu ade cili kisar bleh juga
* 4 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 sudu makan ikan bilis
3 sudu makan kicap manis
jus limau kasturi@air asam jawa
segenggam ikan bilis goreng
segenggam bawang goreng
garam - jika perlu
Cara-cara
Goreng terung hingga masak.ketepikan.
Tumbuk kasar@ blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga agak garing.
Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.
Masukkan terung dan separuh drpd ikan bilis goreng.kacau dan tutup api.
Angkat dan hidangkan. taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng td.
Tahniah untuk Ros...
Indoor Gift dari Ros ... TQ ros n tahniah.. semga Ros terus aktif berblog n bersiaran dengan resepi yang hebat2..Thursday, December 31, 2009
Kerja..kerja..kerja....
Subscribe to:
Posts (Atom)