Friday, January 8, 2010

Coconut Blossom


Sekejap saja dah pun seminggu bersekolah.. bukan saja guru2 yg sibuk.. rasanya semua ibu bapa pun sama2 sibuk.. sibuk nak men'tune'kan semula perkara2 yg dah lama bcuti...

dah seminggu juga dapurku tak berasapp.. bukan malas.. hihihi.. tapi tak sempat.. helah beladiri nih.. Sabtu lepas sempat mencuba resepi coconut blossom dari dapur mama hawa.. walaupun tak berapa nak blossom .. pasaran tetap laris.. tak puas hati lagi.. lain kali nk cuba lagi.. TQ untuk Asmah Laili n mama hawa .. berkongsi resepi.. resepi CP dr dapur mama...

Bahan "A"
3 biji telur ayam sejuk
270g gula halus
300g tepung Hong Kong atau Top Flour - sy gunakan tpg hongkong..
150ml coconut cream - santan kotak
30g air daun pandan
2 1/2 sudu teh baling powder
1 sdm ovalette
Sedikit pewarna hijau
Beberapa mangkuk kertas & acuan kuih lompang atau acuan tin yg kecil2

Bahan "B" inti
240g kelapa parut putih
120g gula melaka
30g gula pasir
60ml air
1 sdm tepung jagung
2 helai daun pandan

Cara "A"
1. Semua bahan dijadikan satu, kecuali warna hijau. Pukul sehingga pekat. Barulah dimasukkan warna hijau & kacau sehingga rata.
2. Masukkan satu sudu makan adunan kedlm mangkuk kertas & letakkan sedikit inti ditengahnya. Timpakan diatasnya satu lagi sudu makan adunan, kemudian masukkan dedlm acuan kuih lompang.
3. Kukus selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari kukusan & sejukkan.

Cara "B" Untuk Inti
Masukkan gula Melaka, gula pasir, tepung jagung, daun pandan & air kedalam periuk. Masak sehingga mendidih. Masukkan pula kelapa parut & kacau sehingga rata. Masak dengan api yang sederhana sehingga kering.

versi blueberry blossom..


2 comments:

kakchik said...

salam kak dzana.

seminggu tak masak, tak kisah la kak sebab kakchik pun sama.

comel la kuih akak ni. Mesti gebu

blogresipi.com said...

Salam kak zana,
dah blossom sampai merekah rekah dah tue... cantik!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin