Saturday, January 16, 2010

Sup Daging Merah


Resepi dari dapur Ros Jintan Manis.... memang sedapp... TQ ros kerana berkongsi resepi.. akk minta izin CP resepi ...

Bahan-bahanya
350gram daging boneless ( ... guna daging ade tulang ...)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery

Cara-caranya
1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.
2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.
3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.

1 comment:

kakchik said...

salam kak zana. sedapnya lauk akak tu. kalau makan saja pun kakchik sanggup. skrg ni kami dah kurang makan daging sebab ramai yang kurang minat. rindunya sup daging.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin