Saturday, January 23, 2010

Rainbow Marble Pudding

Rspi dari dapur kak ummi kuantan...rasanya geng2 kaki masak dah ramai yg mencuba.. tak rugi mencuba...sedapp

Bahan:-
  • 1 paket agar2 serbuk (13 gm)
  • 675 ml air
  • 225 gm gula pasir
  • 65 gm butter
  • 4 biji telor saiz sederhana
  • 1/2 tin susu cair Carnation
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan kuning
Cara Memasak:-
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..



2 comments:

blogresipi.com said...

Esh.. santeknye puding akak neh... kite pernah gak try skali. memang best, psst, stiimmm je tgk ikan stim kt bawah nun :D

Delimasari said...

nak cuba nnti le....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin