Thursday, December 1, 2011

SERIMUKA PANDAN

Hasil kecah2 dapur petang semalam... saya kurangkan sukatan pulut.. supaya dapat puas makan lapisan atas yang sangat yummy.. lembut, lemak n berkrim dengan manis2 manja (saya kurangkan juga sukatan gula)... puas jugak mengintai resepi serimuka di sana sini... tak salah kan klau hendak mencuba.. tak cuba tak tau hasilnya.. dan saya sangat2 berkenan dgn resepi ini.. resepi dari Jurnal Resepi Bdaria dari kelas Talam ChefAsma yang hebat dengan talam2nya tu.. bila lah saya nak dapat peluang mengikuti kelas Chef Asma ni.. semoga perkongsian yang baik ini akan memberi pahala n keberkatan yg berpanjangan utk kalian.. amin.. terima kasih Bdaria dan Chef Asma @ Chef Asma Culinary Studio

Nota utk ingatan saya di Inspirasiku :
1. saiz loyang 8" x 8"
2. 250 gm pulut.. sukatan air n santan anggaran 250ml ..
3. bahagian lapisan atas - 150 gm gula
4. saya tambah 1sb tpg gandum.. ni memandai sendiri ye...
5. untuk mengeringkan permukaan talam .. selepas talam masak.. jangan tutup api buka penutup kukusan dan biarkan talam di atas kukusan 9- 10 minit.. klau tak kering boleh tambah masa lagi..

SERIMUKA PANDAN
Sumber: Kelas Talam Chef Asma part 1
Copy Paste : Jurnal Resepi Bdaria

LAPISAN BAWAH
Bahan-bahannya:-
  • 500gm beras pulut /
  • 250ml santan pekat (asal 300ml)
  • 250ml air (asal 300ml)
  • 1 1/2 tsp garam halus (asal 2 tsp)
Cara-caranya:-
  1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam 2 jam sahaja)
  2. Basuh bersih dan toskan sehingga air kering
  3. Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit
  4. Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati
  5. Masukkan dalam loyang dan tekan padat...contoh seperti gambar dibawah.
LAPISAN ATAS
Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 250gm gula castor @ 200gm gula pasir (asal 300gm)
  • 80gm tepung kastard
  • 400ml santan pekat
  • 400ml air
  • 20gm daun pandan (diblender dengan air diatas
Bahan B
  • 3 biji telur-dipukul rata (asal 5 biji)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan esen
  • pewarna hijau secukupnya (jenama starbrand)
Cara-caranya:-
  1. Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata.
  2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau sehingga rata
  3. Tapis dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap
  4. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Sukatan diatas adalah untuk loyang 10 x 10 x 2

Nota:-
  • Saya guna sekotak santan pekat 500gm jadi saya cuma guna 200ml santan pekat dan 300ml air untuk lapisan bawah. Lapisan atas pula saya kurangkan santan pekat menjadi 300ml dan air ditambah menjadi 500ml.
  • Saya sapukan sedikit minyak diatas loyang 10 x 10, lepas tu saya lapik sekeping plastik diatasnya.

6 comments:

cik cek said...

Wah! Bestnya serikaya dia lebih byk dari pulut...mesti sdap kan...

rahel said...

Memang cantik dan kemas jer..sesuai dengan namanya...

tun_telani said...

nyummmyyyyyy!!!!!!!!!!! mmg bagus wat lapisan pulut sikit nih, sbb kdg2 bila dh kenyang tu mmg mkn lapisa atas je. hihi

Unknown said...

cantiknya tgk rupa paras kuih seri muka akak ni...memang berseri-serila.saya pun suka mkn kepala atasnya tu..bagus yer kurangkan pulut bawah tu:)

maz said...

alohhh la kak buat kue pbret kita la plakkk...adoiii trasa2 sdpp kat lidah ni kakk..waaaa klu la bleh dpt 5 ktoii...sdpnya sjuk2 ni...mcm nk buat jgk la...smua nk buat ni..dh mcm2 msuk list..hehee..kakk..skatan air utk pau tu..rpenya kita salah tgk cwn kita tu..kita ingatkan 2 line lepas 100ml tu 20ml...rupenya 2 line tu utk 10 ml..cwn tu count by 5..huhuu..tu yg tun buat trlembik..nti kak edit la kat rspi tu ye..kita pun dh edit blik tu..mklum la cwn bru bli..hehee..xperasan...

anymz said...

mlm2 begini tgk serimuka yang berseri2 mmg terliur di buatnya..seyes akak ckp tau..nampak sedap betul..rasa nak buat esok je.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin