Tuesday, August 24, 2010

Home made Cendol

Mai minum... cendol...terliur tgok kat dapur hana jepun tadi.. cendol susu mix cincau.. guna susu marigold low fat.. jaga badan.. hikhikhik
resepi dari Jurnal resepi Bdaria..... tq Bdaria berkonsgsi.. minta izin CP resepi disini...

Bahan-bahannya:-

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
10-12 helai daun pandan
3 cawan air
secubit garam
(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-
  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
  2. Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
  3. Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
  4. Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
  5. Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
  6. Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
  7. Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
  8. Jika hendak simpan pastikan cendol + air

saya guna ini....

1 comment:

Bittersweetflavours said...

Rajinnya buat cendol sendiri... tabik ....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin