Sunday, August 15, 2010

Ramadhan 5: Puding Gula Hangus

Manisan untuk di bawa balik ke kg juga.. Resepi oleh emee dari MYRESEPI.. sedap n mudah menyediakannya.. cuma agak manis ... untuk keluarga saya adunan ni agak banyak.. so lain kali kene buat separuh jer dari adunan.. TQ emee n MyResepi..

Sumber MyResepi

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur ayam ( saya guna 6 biji)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan esen vanila (saya tambah)

Cara-cara

  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
  2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......

1 comment:

openid said...

Sedap ni buat berbuka... dah lama tak memuding kena buat jugak puasa ni nampaknye :)
Ijan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin