Resepi dari copy paste dari dapur Recipes for Keeps.. pemilik dapur kata resepi dari Jun.... terima kasih kerana berkongsi resepi yg simple ni.. mesti sedap kan!!
Ayam Masak Paprik
Bahan2(untuk 2-3 orang makan):
200g isi ayam yang di hiris2(bahagian dada atau peha)
3 ulas bawng merah,ditumbuk
3 ulas bawang putih,di ketuk
1 batang serai di titik
3-4 helai dau limau purut,di koyak2
4-5 biji cili padi,di ketuk
sedikit minyak untuk menumis
(campurkan semua bahan di bawah di dalam mangkuk kecil)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air
Sayur:
kobis bunga,di potong kecil
lobak merah, dihiris2
babycorn, di potong2
Cara2:
-Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi,
- masukkan campuran sos2 tadi,kacau2 sekejap, kemudian masukkan sayur2,ayam,serai,daun limau purut serta cili padi, kacau goreng sehingga masak (kira2 10 minit).... (SAYUR MASUK SAYUR KEMUDIAN)...
- Sedia untuk di hidang.
1 comment:
looks delicious!!!!
Post a Comment