Thursday, August 26, 2010

Sup Tulang Berempah

Mencuba sup tulang berempah dari dapur Nur... sambal kicap tak pernah lupa.. mesti berpeluh2 makan... Terima Kasih Nur berkongsi rspi.. minta izin CP rspi di sini ya..

Sumber : My Little Kitchen.
Bahan-Bahan

~~~~~~~~~~
1 kg tulang kambing dicuci bersih dan direbus hingga isinya lembut(guna tulang lembu)
1 biji bawang besar dikisar
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci halia diketuk
1 batang serai diketuk
4 sudu makan serbuk ketumbar
3/4 biji buah keras dikisar
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan kasar
1/2 sudu teh kunyit serbuk
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit bawang goreng dan daun sup untuk taburan

Bahan Untuk Menumis
~~~~~~~~~~~~~~~~~
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
3 biji bawang kecil dihiris nipis

Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Rebus tulang hingga empuk dan air rebusan jangan dibuang. Masukkan serai dan halia untuk menghilangkan bau.

2. Apabila tulang empuk, kaup minyak diatas tulang tadi dan dibuang.

3. Panaskan kuali, masukkan bahan tumis dan tumiskan hingga naik bau. Apabila telah naik bau masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik bau.

4. Masukkan kedalam periuk yang berisi tulang tadi. Kacau rata dan masak dengan api yang kecil. Apabila telah masak taburkan dengan bawang goreng dan daun sup.

1 comment:

openid said...

Sedap nye sup...kencur air tengok!! huhuhu
Ijan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin