resepi dari Jurnal resepi Bdaria..... tq Bdaria berkonsgsi.. minta izin CP resepi disini...
Bahan-bahannya:-
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
10-12 helai daun pandan
3 cawan air
secubit garam
(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)
Cara-caranya:-
- Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
- Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
- Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
- Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
- Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
- Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
- Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
- Jika hendak simpan pastikan cendol + air
saya guna ini....
1 comment:
Rajinnya buat cendol sendiri... tabik ....
Post a Comment