Resepi copypaste dari dapur dik ika bangkok tu.. Resepi asal kat MyR dr MAMA KASTAM TIOMAN ... Terima kasih...
KUIH SAGOO @ BRONOK
Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
- 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
- 3 gelas air>>yg ni pun sama
- 3/4 gelas gula pasir
- Sedikit pewarna merah>>kaler hijau
- 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu teh esen rose>>Ganti dgn pandan paste
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap
2 comments:
bukan kuih mata lalat eh kak zana?tulah, budak2 sekarang ni diorg pandang ciskek dgn coklat kek je hihihi
suke suke kuih ni..mmg kalau kukus cantik je kan biji2 tu..ada panggil kuih telur katak kan
Post a Comment