Saturday, January 30, 2010

Rare Cheese Cake di BG..

Breakfast cheese cake di pagi khamis... lokasi di bilik guru.. .. dah lama berniat nak menjamu kengkwn dgn cheese cake ni.. kebetulan melayan stok cream cheese ku yg se kilo itu.. cream cheese ni klau beli 2 kg dpt harga lebih murah RM 45 .. kongsi dgn kwn sorang se kg.. kos cuma RM 22.40 saja...klau beli yg 250 gm kos nyer hampir rm 10.00.. berapa byk boleh jimat kan.. so utk kwn2 di BG, akk mmg tak ambik order.. klau nak buat sendiri eh.. senang jer..resepi pun akk dah printkan.. klau nak buat LDP pun boleh..hihihi.. klau nak ilangkan tension selain pi soping moping.. memasak pun boleh jadi terapi jugak.. mmg bekesan.. tension ilang.. badan pun boleh kembanggg..
tengok tuh sapa punya jempoll.. jempol ehsan dpd nida n jai...hahaha..
Ampun untuk tuan asal usul resepi ni.. saya telah permudahkan untuk kwn2 yg baru nak mencuba ..resepi asal ada di dapur kak zai, pas tuh hana dan Hasue.... kek ni mmg sedapp.. n tq semuaaa...

Bahan-bahan ( 18cm )
Bahan-bahan A:
250 gm biskut marie
125 gm mentega dicairkan

Bahan B
250g cream cheese
30 g gula halus
40 ml lemon jus
200 g vanilla aiskrim

Bahan C
15 g gelatin halal/halalgel 20gm/bgks
100 ml air panas

Bahan D
*2 biji epal merah /hijau
*50g gula
*3 sudu besar lemon jus

Cara-cara
1. Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
2. Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
3. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi bentuk cream.
4. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.
5. Campurkan gelatin dengan air panas , kacau hingga larut dan masukan ke dlm adunan cheese n kacau sebati.
6. masukkan epal, kacau rata n tuangkan adunan ke dalam aduan biskut. Simpan dalam peti sejuk.

4 comments:

Anonymous said...

Akak selalu buat cheese cake best best... ohoho.. terliur tgk. kite gelatin halal takde jual kat sini. kalau nk buat kena buat jenis yg takde gelatin... usih,dapat sejuring kek tuh sodapnye.

Watierman said...

Makan jgn tak makan..share sikit dgn ijan...takut badan naik..hehehe!

HALAMANKU said...

cheese oh no... akak rajin wat kek.. erma he he..wat yang senang2 jek.. lately oven demam... dengan muka kesian... nak juga...sepotong ye..

kaksu said...

Salam zana, nak tya kat BP area mana ek kedai yang jual brg bakeri ni? murah rege cheese tu... nak gak cari. Su biasa gak ke BP,tapi area carrfour ngan BP mall.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin