Gigih menalam di petang hari Isnin... menghabiskan hujung minggu di Kuala Pilah... masih teringat2 lagi pada abang... agak rasa kurang senang jugak bila teringat abang bercerita tentang makanan di kem... sambil makan ayam goreng yang ibu bawa.. abang kata ' kat sni makan ntah ape2 bu.. selalu ada menu hati ayam n hempedal ayam jer .. ' hohoho... sedih jugak .. bila teringat yg anak2 kt rmh ni tak biasa dgn makanan yg sebegitu.. bersabar lah anakku aimman.. smga semuanya akan segera berakhir... anggaplah ini satu pengalaman hidup yang sangat bermakna... dan kita mesti sentiasa bersyukur dgn limpahan nikmat yang diperolehi... Syukur Alhamdullilah...
Cerita talam pulak... satu lagi talam dari dapur Yatie Sinar Kehidupan yang sangat sedappp... memang rasa myesal kerana lambat mencuba.. dah 2- 3 hr terpandang di dapur Mas n hari ini di dapur Azlita Masam Manis pulak.. dengan idea kreatifnya.. meyebabkan saya kelam kabut ke kedai mencari roti butterscot ... Resepi saya CP dari dapur Yatie.. terima kasih yatie n tuan punya resepi asal Chef Asma..
TALAM ROTI PAUN
(Resepi Asal : Chef Asma)
(Sumber : Sinar Kehidupan (Yatie)
Lapisan Bawah
- 13 keping roti putih Gardenia- di carik2/ saya guna 7 keping roti butterscot dan selebihnya roti putih
- 2 biji telur
- 50 gm raisin-Yatie tak letak
- 1/2 cwn gula halus
- 1/2 sk garam
- 150 ml santan pekat
- 300 ml air
- 1/4 sk vanilla essence
- Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
- Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
- Kukus selama 25 minit.
- Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
- (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn gula halus
- 1/2 sk garam
- 2 biji telur
- 100 ml santan pekat
- 300 ml air
- sedikit pewarna hijau
- sedikit perisa pandan
- Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
- Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
- Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
- 1/2 cwn tepung kastard
- 1/2 cwn gula halus
- 1/4 sk garam
- 1/8 sk vanilla essence
- 3 biji telur... ( saya letak 2 biji ... kehabisan stok pulak...)
- 100 ml santan pekat
- 300 ml air
- sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
- Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
- Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
- Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
- Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
- Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.
23 comments:
Assalamualaikum KZana,
Yatie dtng cepat ni sbb nmpk kuih talam roti paun yg menawan..cantik dan kemas je potongan kuih akak..mmng sedapkan kuih ni..masih teringat2 lagi kelembutan dan kesedapannya..yatie pun nak buat lagi dan lagi...
fuhhh.. guna butterscotch. mesto xtra sedap! tun kalau butterscoth gardenia tu mesti xsempat nk menalam sbb sedap sgt, kejap je licin. hihi..
cantik talam akak tu. tun malas betul nk melapis.
td dah tergoda kt dapo Kak Ita..ni tergoda kali kedua plak..awat la rajin sangat akak2 ku ni..sy ni rajin merempit k dapo org je..
Salam rindu Dzana :)
Amboi3x menalam dier..cantik & menarik sungguh!! blm pernah mama cuba tala roti pasti sedap ngan ada nyer roti butterscotch yum3x salin resipi ah!! hehehe
Zana cayang.... makan sorang2 ya tak jemput Along & Liana. Kat sini xda pula roti butterscotch... nampak sedap ni...!
p/s rasa nya dah >10x type code kat bwh ni x lulus.... susah nya verification tu!
to Yatie..
tq again.. betul kata yatie tu.. sedap sangat.. suke coz tak brapa manis.. msti byk siaran ulangan lepas ni..
to tun
betul tu tun.. roti pun dah sedap.. bila kene santan.. btmbah2 rasa lemaknya..
to ummi
bila rasa nk buat tu kene cepat2 buat.. klau tak menu kene peram jer .. kes trgoda jugak la ni ummmi.. meh kita menalam..
to Mama
slm rindu jugak utk mama.. boleh tukar dgn kek marble mama tu.. jgn peram lama2 rspi talam ni.. hihihi..
to ALong
rindu kt liana.. huuu.. nk kene anto roti bscott kt umah along eh.. sy rasa guna roti biasa pun sedapp.. muaaahhhh
kak Zana...nampak sedap n cantekkk.... nk raseeeeeeeeeeeeeee....
Salam kak zana!!! alaaaaaaaaaaaaaa..akak dah buat!!!!! kita nak buat jugaklahhhhhh!! suke talam2 gini, sedappppp!!!! tak leh jadik nii, kalau cukup bhn nak g godeh jugaklah! hihihi...
cantik & pasti sedap ni kan kak..
wah kat cnie pun ada talam roti paun nie... mmg mengoda betul ler kuih nie... bila ler nak buat nie...
k.dzana... huishhh tgk kuih ni ada kat dapur akak makin menjadi jadi rasa nak cuba ...
wahhh...cantikknya talam akak..
letak lak roti butterscoth...
perhh...lagi la sedappp...
nanti2 mas pun nak guna roti butterschoth gak la..
memang terbaikk kan kak talam ni..
sedappp bangatt..
menggoda betoi nengok talam akak tu..
kak na cantik ler kue talam kak tu bilala cik mahamood nak singgah nie:(
Assalam Zana, waaah cepat sampai ke dapur dia..ya laa satu negeri dgn Yatie kan...akak pun nak buat jgk la nnt...x sabor ni..nampak sedap betuiii :))
Betul2 menngoda kuih talam roti paun ni,cantek warna dia...pasti sedap kan.
Salam Kak..Emmm nampak pun sungguh sedap ni macam nak cuba jugalah bila ada masa nanti...
Assalamualaikum Zana
Talam Roti Paun...Cantik Dah Tentu Sedap Ni...
*Maaf Lama Tak Jalan2 Disini...
salam zana
inilah menu yg masih dlm list yg akak nak sgt buat..rata2 ramai yg dah buat kan?..sama byk dgn kek arora tuh..hehe
Salam kak Zana,
Alahai kesiannye Aiman. Harap dia dapat sabar. Tak lama lagi balik rumah ibu masak best best kat Aiman :)
Cantik puding akak buat. Nampak lembut je.
kak zana pun dah buat kuih ni..saya kuih2 talam ni memang malas skit nak buat..hehehe
asslam cikgu..
waduh nampak kuih talam ni dari jauh dah tahu kesedapapnnya ni..heheh bayangkan tu dari jauh dah tahu sedap..memnag hebat pukulan talam roti paun ni..kita pun ada recipe ni dari chef asama yang kita beli dulu tapi belum ada chance nak cuba..satu hari nak cuba jugalah..memang nampak sedaplah..
Assallamualaikum kak zana..
Kat sini pun dah ada talam ni.. Naz nak sikit kak.. Cantik kalernya..
Salam Kak Zana bab menalam ni bagi jek kat die tau.. dah lah rajin cantik n kemas lak tu.. erma jarang mengukuslah kak he he he membakar boleh lagi.. sedap tu kak lelagi pakai santan terasa2 lemak2 sedap tu...
Post a Comment